Berita Harian

Lewandowsk­i muncul penyelamat

- AUGSBURG MAINZ HOFFENHEIM EINTRACHT HERTHA DORTMUND HAMBURGER LEVERKUSEN WERDER B DARMSTADT INGOLSTADT BAYERN M WOLFSBURG FREIBURG

Berlin: Robert Lewandowsk­i muncul penyelamat apabila jaringanny­a pada minit ke-96 membantu Bayern Munich bangkit mengikat Hertha Berlin 1-1, awal pagi semalam untuk selesa mendahului Bundesliga dengan lapan mata.

Bayern hanya beberapa saat dipisahkan dari apa yang akan menjadi kekalahan kedua liga musim ini apabila Lewandowsk­i meledak jaringan peribadi ke-24 untuk memadamkan gol babak pertama Vedad Ibisevic.

“Robert Lewandowsk­i adalah pemain yang hebat dan penting buat kami,” kata pengendali Bayern, Carlo Ancelotti yang mampu menarik nafas lega dengan keputusan itu.

Bayern seperti masih dibayangi kejayaan membelasah Arsenal 5-1 pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara, Rabu lalu tatkala Ancelotti membuat empat pertukaran berbanding skuad yang mengalahka­n The Gunners.

Bola muntah

Hertha hanya memerlukan 21 minit untuk berada di depan apabila Ibisevic bijak menyelinap di belakang pertahanan Bayern dan KEPUTUSAN 1-3 0-2 2-0 0-2 1-1 3-0 2-2 menguis masuk bola sepakan percuma Marvin Plattenhar­dt melepasi jangkauan Manuel Neuer.

Walaupun menikmati penguasaan 70 peratus permainan, Bayern bergelut sebelum Lewandowsk­i menjaringk­an gol penyamaan pada lewat masa kecederaan.

Jurulatih Hertha, Pal Dardai tampak begitu berang dengan keputusan pengadil keempat memberikan tempoh enam minit masa tambahan dengan berkata: “Saya fikir ia adalah bonus buat Bayern.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia