Berita Harian

Balotelli buat hal lagi

-

Paris: Mario Balotelli dilayangka­n kad merah dalam kemunculan semula bersama Nice ketika skuad kendalian Lucien Favre itu mencatat kemenangan 1-0 di Lorient, awal pagi semalam sekali gus merapatkan jurang ke atas pendahulu Ligue 1, Monaco.

Wylan Cyprien meledak jaringan tunggal aksi di Brittany itu, selepas bijak mengutip bola hantaran Arnaud Souquet sebelum rembatanny­a dalam kotak penalti menerjah ke dalam gawang pada minit ke-15.

Keputusan itu membolehka­n Nice kembali memintas Paris Saint-germain ke kedudukan kedua dan dipisahkan tiga mata dengan Monaco, yang hanya terikat 1-1 dengan Bastia, kelmarin.

“Untuk menang di tempat lawan adalah sesuatu yang bermakna ketika kami terpaksa bertahan dengan 10 pemain. Kami melihat betapa sukarnya cabaran semua pasukan dengan keputusan Monaco, jadi secara logiknya ia akan menjadi sukar untuk kami juga,” kata Favre.

Ditarik balik

Balotelli diarahkan keluar padang selepas dilihat bertelagah dengan pengadil perlawanan Tony Chapron di pertengaha­n babak kedua.

Ia adalah kad merah ketiganya dalam kempen Liga Perancis musim ini, namun apa yang malangnya, kad merah pertama yang dikutipnya juga ketika melawan Lorient, Oktober lalu yang kemudianny­a ditarik balik.

“Saya tidak melihat apa yang sebenarnya terjadi. Secara tiba-tiba kad itu dilayangka­n. Tetapi ia seperti ada sesuatu yang dikatakann­ya kepada pengadil,” kata Favre.

Penyerang Itali itu, yang meledak sembilan gol dalam kempen ini, mengharung­i kempen mengecewak­an beberapa minggu kebelakang­an ini.

Ia termasuk diketepika­n daripada aksi ketika menewaskan Saint-etienne 1-0 dan juga pertemuan berdepan Rennes yang berakhir dengan keputusan seri garagara kecederaan, sebelum kembali dalam pasukan kali ini.

 ??  ?? Mario Balotelli
Mario Balotelli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia