Berita Harian

Kecederaan Kompany tak serius: Guardiola

-

Huddersfie­ld: Pengurus City, Pep Guardiola menegaskan Vincent Kompany tidak mengalami kecederaan yang serius selepas kapten itu terlepas aksi yang berakhir terikat tanpa jaringan menentang Huddersfie­ld Town, awal pagi semalam.

Pertahanan Belgium itu, yang hanya membuat enam penampilan musim ini kerana beberapa siri kecederaan, pada mulanya dijangka beraksi untuk aksi terbabit tetapi namanya tidak disenaraik­an.

Guardiola, bagaimanap­un, menolak kebimbanga­n berhubung tahap kecergasan Kompany, walaupun ia belum dapat dipastikan sama ada dia akan beraksi untuk aksi Liga Juara-juara berdepan Monaco di laman sendiri.

Lawan sangat agresif

“Dua hari lalu, dia merasakan sesuatu di kakinya. Ia bukannya isu besar,” kata Guardiola, yang kelihatan tertekan untuk sekali lagi berdepan Huddersfie­ld dalam aksi ulangan 16 terakhir.

“Pujian harus diberikan kepada mereka, saya tahu betapa sukar untuk beraksi dengan keadaan padang seperti ini, pasukan lawan sangat agresif.

“Kami akan beraksi dalam perlawanan ulangan buat kali pertama dalam hidup saya dan kami akan cuba mara,” kata bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu.

 ??  ?? Kompany
Kompany

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia