Berita Harian

KLHC tamat kemarau 3 tahun

Juara bertahan tumpasdala­m aksi terakhir liga

- Oleh Naqib Nor Said

Pasukan KLHC menamatkan penantian selama tiga tahun untuk menjuarai Liga Perdana Hoki Malaysia TNB (MHL-TNB) selepas menumbangk­an juara bertahan, Pasukan Hoki Terengganu (THT) 3-2 dalam aksi terakhir liga, malam tadi.

Stadium Hoki Pantai di sini, menjadi saksi kejuaraan kesembilan liga diraih oleh kelab berkenaan sejak membuat penampilan pertama pada 2006 yang ketika itu dikenali sebagai Ernst & Young.

Penyerang import dari Jerman, Anton Poul Fritz Ebeling muncul wira pasukannya apabila jaringan minit akhir memastikan pasukannya itu mengutip mata penuh. Dia bijak membaca pukulan sudut penalti yang diambil Razie Rahim untuk gol kemenangan.

Tiga mata berharga itu sekali gus membantu mereka menamatkan saingan liga di kedudukan teratas dengan himpunan 36 mata, mengatasi THT dengan kelebihan tiga mata.

Penguasaan KLHC yang cuba merampas semula trofi begitu terserlah tatkala berdepan jaguh Pantai Timur itu yang pincang akibat masalah kecederaan hamstring penyerang sensasinya, Faizal Saari yang diturunkan walaupun tidak cergas sepenuhnya.

Misi wajib menang

Jurulatih KLHC, Harun Al Rashid Samri berkata kemenangan itu cukup manis selepas terlepas peluang terbaik memenangi tiga piala - Liga Perdana, Piala Tan Sri P Alagendra dan Piala TNB pada musim lalu.

KLHC nyata berbahaya apabila mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan padang bekas pelatih skuad kebangsaan, Dedy Ariyadi Jumaidi.

Bagaimanap­un, THT hanya memerlukan dua minit untuk kembali menyamakan kedudukan menerusi pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan Jang Jonghyun untuk gol peribadi ke-23 pada musim ini sebelum jaringan pendahulua­n KLHC oleh Nabil Fiqri Mohd Noor hadir pada minit ke-43.

Nabil Fiqri bagaimanap­un kembali meletakkan juara lapan kali itu kembali di ambang kemenangan dengan gol padang ketika permainan suku ketiga berbaki dua minit sebelum Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Ab Jalil meledak gol penyamaan pada minit ke-51.

Tetapi Ebeling melenyapka­n impian THT untuk mengekalka­n kejuaraan buat kali keempat berturut-turut dengan jaringan kemenangan­nya sebelum wisel penamat dibunyikan.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Pemain KLHC meraikan gol Anton Paul Fritz Ebeling(tengah) selepas menewaskan THT untuk menjuarai Liga Perdana Hoki Malaysia TNB di Stadium Hoki Pantai, malam tadi.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Pemain KLHC meraikan gol Anton Paul Fritz Ebeling(tengah) selepas menewaskan THT untuk menjuarai Liga Perdana Hoki Malaysia TNB di Stadium Hoki Pantai, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia