Berita Harian

Tekad gegar litar go kart Indonesia

- Oleh Haika Khazim

Sepang: Kejayaan mengunggul­i 'X30 Asia Challenge 2017 di Litar Go Kart Sepang semalam menjadi pembakar semangat kepada pelumba cilik negara, Putera Adam Halim untuk menggegar perlumbaan Go Kart Rox Asia di Indonesia, dari 24 hingga 26 Februari ini.

“Saya memang gembira kerana go kart saya dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang masalah, sekali gus membolehka­n saya muncul juara perlumbaan hari ini (semalam).

Suntik motivasi

“Kejayaan ini juga sedikit sebanyak memberi motivasi untuk saya terus berusaha dan berjaya di perlumbaan lain termasuk di Indonesia minggu depan dan WSK Super Master Series bulan depan,” katanya kepada BH Sukan, semalam

Pelumba mewakili pasukan IS Racing yang bermula dari petak pertama itu muncul juara selepas menewaskan 14 pelumba lain dengan catatan masa 11 minit 23.599 saat.

Tempat kedua dimenangi pelumba dari Indonesia Aditya Wibowo (11:25.822s) dan Yevan David dari Sri Langka ketiga (11:28.52s).

Cipta sejarah

Sebelum ini Putera Adam pernah mencipta sejarah menjadi pelumba go kart Malaysia pertama menaiki podium dua kali berturut-turut di WSK Super Master Series di Itali.

Putera Adam berjaya menaiki podium buat kali pertama selepas mendapat tempat ketiga di perlumbaan WSK Super Master Series di Litar Antarabang­sa 7 Laghi, Itali, sebelum sekali lagi berbuat demikian di pusingan pertama WSK Super Master Series di Litar Adria, Venice, Itali, minggu lalu.

Pelumba berusia 10 tahun itu akan kembali ke Itali, 27 Februari ini bagi meneruskan baki tiga lagi perlumbaan yang berlangsun­g di Litar Antarabang­sa 7 Laghi, Itali pada 2 hingga 5 Mac ini, diikuti Litar Antarabang­sa La Conca (16 hingga 19 Mac) dan Litar Antarabang­sa Napoli Sarno (6 hingga 9 April).

Kejayaan ini juga sedikit sebanyak memberi motivasi untuk saya terus berusaha dan berjaya di perlumbaan lain termasuk di Indonesia minggu depan dan WSK Super Master Series bulan depan” Putera Adam Halim Pelumba go kart

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia