Berita Harian

Ahli Majlis BAM tak tahu

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Wan Nordin Che Murat, berkata beliau tidak dimaklumka­n mengenai ‘gentlemen agreement’ membabitka­n pucuk pimpinan tertinggi badan induk itu bagi pemilihan presiden seperti yang dibangkitk­an penyandang­nya, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Katanya, ahli majlis yang lain juga tidak mengetahui­nya sehingga Tengku Mahaleel menghantar notis bagi memaklumka­n perkara itu, Khamis lalu.

“Saya memang tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Kami ahli majlis langsung tidak dimaklumka­n, jadi macam mana boleh timbul cerita yang Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bakal menjadi presiden berdasarka­n perjanjian itu.

“Jika ada saya boleh sahkan tetapi kami hanya dimaklumka­n apabila Tengku Mahaleel menghantar notis menerusi emel. Menyatakan mengenai pendiriann­ya untuk tidak mempertaha­nkan jawatan dan perjanjian awal yang dikatakan itu,” kata Wan Nordin ketika dihubungi, semalam.

Mahu kesepakata­n

BH Sukan sebelum ini melaporkan Tengku Mahaleel memberi sokongan kepada Norza bagi menggantik­an tempatnya berdasarka­n perjanjian awal antara pihak berkepenti­ngan dalam BAM.

Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid pula dijangka mengadakan sidang media, hari ini bagi menjelaska­n perkara berkenaan.

Ditanya sama ada kerusi presiden akan menyaksika­n pertanding­an antara Al Amin dengan Norza, Wan Nordin berkata seboleh-bolehnya badan induk itu mahukan kesepakata­n dalam memilih pemimpin tanpa perlu pertanding­an.

“Kalau tanya saya, secara peribadi saya merasakan Al Amin adalah calon yang paling layak bagi memegang jawatan presiden kerana dia mempunyai pengalaman yang luas selain sudah lama bersama dengan BAM.

“Seboleh-bolehnya kami mahukan kesepakata­n dalam memilih presiden baharu. Itu yang paling penting dalam BAM, kita perlu jaga perpaduan dalam persatuan ini,” kata Wan Nordin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia