Berita Harian

Strategi Cheng Hoe menjadi

Elemen penting di sebalik kejayaan benam Kelantan

- Oleh Izzali Izzali

Percaturan bijak Tan Cheng Hoe dirumuskan menjadi elemen penting di sebalik kejayaan Kedah membawa pulang tiga mata dari Stadium Sultan Muhammad IV malam kelmarin selepas menjinakka­n Kelantan 1-0.

Bukan mudah buat setiap pasukan beraksi tanpa empat tonggak dan menentang Kelantan pula tetapi Kedah membuktika­n ketiadaan dua pemain import, Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva selain pemain sayap Syazwan Zainon dan pertahanan Khairul Helmi Johari, tidak menjejaska­n rentak mereka.

Semua itu kerana percaturan bijak Cheng Hoe yang memasukkan pemain yang mampu menggalas tugas keempat-empat tonggak berkenaan iaitu Syawal Nordin menggantik­an Khairul Helmi, Amirul Hisyam Awang Kecik (Da Silva) Baddrol Bakhtiar (Krasniqi) dan Syazwan (Farhan Roslan).

Mata berharga

Malah percaturan itu membolehka­n skuad Helang Merah mengekalka­n rekod tanpa dalam lima perlawanan tanpa kalah dalam lima perlawanan setakat ini selain melakar kemenangan sulung di laman lawan musim ini.

“Saya terpaksa menggantik­an empat tonggak berkenaan selepas mereka tidak dapat beraksi kerana cedera dan Khairul Helmi pula terpaksa bergegas pulang ke Alor Setar sehari sebelum perlawanan kerana ibu mentuanya meninggal dunia.

“Namun, saya harus akui empat pemain muda yang menggantik­an tempat mereka beraksi baik sehingga membantu kami boleh memungut tiga mata berharga di tempat lawan,” kata Cheng Hoe.

Sementara itu, Baddrol yang menjaringk­an gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-81 berkata, ketiadaan Krasniqi tidak melumpuhka­n jentera tengah pasukan.

“Mungkin ramai jangkakan jentera tengah kami lumpuh tanpa Krasniqi tetapi kami membuktika­n sebaliknya dengan berjaya melakukan gerakan dan memberi tekanan kepada Kelantan. Malah kami membuktika­n memiliki pemain simpanan berwibawa dan ia bagus buat pasukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pertahanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali (kiri), mengasak penyerang Kelantan, Muhammad Danial Ashraf pada perlawanan Liga Super 2017 di Kota Bharu, kelmarin.
Pertahanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali (kiri), mengasak penyerang Kelantan, Muhammad Danial Ashraf pada perlawanan Liga Super 2017 di Kota Bharu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia