Berita Harian

The Blues terus mengganas

Conte puji prestasi pemain simpanan, peluang rakam 2 kejuaraan 3 GOL Diledak Pedro untuk Chelsea setakat ini

-

Pemain Chelsea, Diego Costa (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas meledak gol kedua The Blues ketika menewaskan Wolverhamp­ton 2-0 pada aksi pusingan kelima, Piala FA di Stadium Molineux, awal pagi semalam.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte berbangga dengan prestasi dipamerkan pemain simpananny­a yang membantu skuad itu menghampir­i kejuaraan berganda musim ini.

Pengendali dari Itali itu melakukan tujuh pertukaran pada pusingan kelima Piala FA awal pagi semalam, ketika bertemu pasukan Wolverhamp­ton Wanderers apabila pasukan itu meraih kemenangan 2-0, hasil jaringan Pedro dan Diego Costa.

Dengan Chelsea kini berada lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris dan setidaktid­aknya dua pasukan bukan pilihan mara ke suku akhir Piala FA, skuad dari London itu berpeluang cerah untuk meraih trofi domestik berganda dalam tujuh tahun.

Conte berkata, masih terlalu awal untuk memikirkan gelaran berganda itu, meskipun memberitah­u wartawan betapa pasukannya kini sudah melakukan tugas yang bagus dalam kedua-dua kejohanan.

“Namun selepas perlawanan ini, adalah penting untuk memahami tidak ada perkara yang mudah. Ia akan menjadi sangat sukar untuk memenangi keduadua kejohanan tetapi kami mahu cuba meraih beberapa trofi,” katanya.

Sumbangan positif

Dengan liga berbaki 13 perlawanan - termasuk pertemuan melawan Manchester City dan Manchester United - Conte sedar dia memerlukan sumbangan positif daripada skuad kendaliann­ya.

Dia jelas gembira dengan prestasi pemain yang diturunkan pada pertemuan dengan Wolves, termasuk Cesc Fabregas dan bekas kapten, John Terry - pemain yang sering kali menjadi pemain simpanan di bawah bekas pengendali skuad kebangsaan Itali itu.

“Jangan lupa yang hari ini saya melakukan tujuh pertukaran dan saya mempercaya­i skuad dan pemain saya. Adalah penting apabila saya meletakkan mereka dalam kesebelasa­n utama, saya harus menerima maklum balas yang baik daripada pemain yang jarang diturunkan. Hari ini, mereka melakukan dengan baik.

“Bukan mudah apabila kamu jarang diturunkan, John dan Cesc serta kesemua pemain menunjukka­n yang mereka berada di tahap terbaik.

“Ini memberi makna yang mereka adalah pemain profesiona­l yang bagus. Ia cukup hebat apabila mendapat pemain seperti ini dalam skuad saya kerana saya boleh bergantung harap kepada mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Penyerang Pedro meraikan gol jaringanny­a pada saingan Piala FA di Molineux, semalam.
Penyerang Pedro meraikan gol jaringanny­a pada saingan Piala FA di Molineux, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia