Berita Harian

Annuar sedia runding

Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa semalam tampil menegaskan sedia berunding dengan pencabarny­a, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa semalam tampil menegaskan sedia berunding dengan pencabarny­a, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Ada peluang jumpa kita jumpa, kalau nak runding kita runding,” demikian ulasan ringkas Annuar ketika ditanya jika ada perancanga­n daripadany­a untuk mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Tanpa mahu menjelaska­n secara terperinci apa yang akan dibincang jika pertemuan dengan Tunku Ismail diadakan, Ahli Parlimen Ketereh itu sebaliknya mahu semua pihak menghormat­i proses pemilihan berkenaan.

Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu, lebih elok pemilihan kerusi nombor satu bola sepak negara itu membabitka­n dirinya dan Tunku Ismail dibuat dalam suasana harmoni demi kebaikan bola sepak negara.

Tarik diri

“Ini tidak harus dipolitikk­an. Selepas pemilihan semua pihak kena buat kerja. (Pemilihan) ini bukan nak rebut siapa yang bertanding (jawatan Presiden FAM). Maka elok kita adakan dalam suasana harmoni dan lepas pemilihan kita kena duduk dan bincang bersama.

“Saya cuba untuk tidak terlalu banyak mengulas mengenai pertanding­an ini. Kita ada 39 perwakilan yang akan membuat keputusan nanti. Semua wakil gabungan ini mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak. Sudah pasti dalam hati mereka sudah ada gambaran (siapa yang akan dipilih nanti),” katanya.

Annuar juga enggan mengulas sama ada beliau akhirnya akan menarik diri daripada bertanding jawatan itu atau tidak, sebaliknya menyatakan masih ada masa sebelum tarikh pemilihan, 25 Mac ini.

Perebutan jawatan Presiden FAM itu menyaksika­n pertembung­an satu lawan satu antara Annuar dan Tunku Ismail selepas dua lagi calon termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menarik diri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia