Berita Harian

IMPAK BALE

Ledak gol selepas rehat tiga bulan

-

Gareth Bale mencetus impak segera selepas kembali daripada kecederaan ketika Real Madrid melebarkan penguasaan La Liga kepada tiga mata dengan kemenangan 2-0 ke atas Espanyol, awal pagi semalam.

Bale yang hanya baru 13 minit di atas padang selepas tiga bulan diketepika­n kerana masalah ligamen lutut melaungkan kepulangan­nya dengan gol menarik yang terhasil menerusi gerakan serangan balas pada minit ke-83.

Alvaro Morata terlebih dulu meletakkan Real di depan apabila dia merembat padu bola hantaran lintang Isco 12 minit sebelum berakhir separuh masa pertama.

“Saya gembira untuk kembali berada di atas padang. Untuk menjaringk­an gol adalah satu bonus tambahan dan saya amat gembira kerana dapat membantu pasukan menang.

“Saya melalui tempoh yang sukar tetapi apabila anda mendapat sambutan hangat sebegitu ia menjadikan­nya cukup bermakna,” kata Bale.

Zinedine Zidane membuat tujuh pertukaran berbanding skuad yang menundukka­n Napoli 3-1 dalam aksi Liga Juara-juara, Rabu lalu sebagai persiapan berdepan jadual sibuk La Liga ke Valencia dan Villarreal.

Pikat hati

Morata menjadi antara pemain yang diberikan peluang beraksi dalam kesebelasa­n utama dengan Karim Benzema diketepika­n dalam pertemuan terbabit.

Penyerang antarabang­sa Sepanyol itu tidak diturunkan sebagai pemain utama pada lima aksi terakhir liga, tetapi segera memikat hati Zidane dengan jaringan ke-11 dirinya musim ini juga menerusi hantaran Isco.

Namun, ketenangan Bale dalam menyudahka­n peluang yang terhidang menunjukka­n betapa penyokong Real merindui kelibatnya.

“Kami hanya mempunyai satu Gareth Bale. Kami gembira untuk melihat Bale kembali bersama pasukan. Dia adalah pemain yang istimewa, dia memberikan kami sesuatu berbanding yang lain,” Zidane.

 ??  ??
 ??  ?? Bale meraikan gol jaringanny­a ketika menentang Espanyol di Santiago Bernabeu, semalam.
Bale meraikan gol jaringanny­a ketika menentang Espanyol di Santiago Bernabeu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia