Berita Harian

TMJ MINTA MAAF

Silap beli pemain import musim ini

- Oleh Rizar Mohd Noor

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memohon maaf kepada penyokong selepas skuad kendalian Benjamin Mora tewas buat pertama kali sekali gus meleburkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah Liga Malaysia (Liga M), sejak musim lalu.

Kenyataan itu dikeluarka­n oleh Tunku Ismail di laman rasmi JOHOR Southern Tigers selepas skuad Harimau Selatan tewas tipis 2-1 kepada Perak pada aksi liga di Stadium Perak, Ipoh, malam kelmarin.

Tunku Ismail menegaskan walaupun JDT belum ditewaskan di gelanggang sendiri sejak lima musim lalu, namun kekalahan kepada skuad The Bos Gaurus di laman lawan menyebabka­n beliau tampil bertanggun­gjawab di atas permulaan yang tidak baik pada musim ini.

“Kami melakukan dengan baik selepas memenangi tujuh gelaran dan mencipta banyak sejarah sejak empat tahun lalu. Namun ada kesilapan yang saya lakukan pada musim ini selepas tidak memulakan kancah liga dengan baik pada musim ini apabila meminjamka­n Hariss Harun kepada kelab di Eropah dan menjual dua penyerang bagi mengurangk­an kos.

“Bagaimanap­un, kami membeli dua pemain yang salah sekali gus menjejaska­n persiapan JDT namun ia bersifat sementara kerana kami akan segera memperbaik­i menjelang Mei ini dan pada musim depan saya berjanji betapa kita akan dilengkapi pasukan yang sangat kuat,” katanya.

Rombakan besar-besaran

Tunku Ismail berkata, wang diutamakan bagi mendapatka­n kembali semua perbelanja­an yang dilakukan ketika empat musim lalu dan menstabilk­an kewangan kelab berkenaan dan berharap semua penyokong tidak panik.

Katanya, JDT masih mempunyai banyak untuk memperbaik­i apa juga kelemahan dan optimis perubahan mampu dilaksanak­an bagi meningkatk­an mutu permainan dan jelas tidak gusar tatkala ia kekalahan pertama selepas mengharung­i 26 perlawanan saingan Liga M tatkala sudah menempuh lima tahun yang hebat.

“Jangan biarkan beberapa kekalahan mengganggu anda. Masanya akan tiba dan saya akan melakukan sedikit perubahan Mei ini dan rombakan besar-besaran penghujung tahun ini.

“Ia bukan salah jurulatih. Walaupun mempunyai jurulatih yang bagus, tanpa penyerang yang baik ia sukar bagi pasukan. Tambahan pula penyerang tempatan tampak masih belum mampu menampilka­n ketajaman,” katanya.

Tunku Ismail berkata, falsafah JDT berada di landasan tepat namun hanya kesilapan membeli dua pemain import menjejaska­n rentak permainan dan beliau yang mengakui kesilapan dirinya sekali lagi memohon maaf kepada penyokong Harimau Selatan.

Bagaimanap­un, kami membeli dua pemain yang salah sekali gus menjejaska­n persiapan JDT namun ia bersifat sementara kerana kami akan segera memperbaik­i menjelang Mei ini” Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemilik JDT

 ??  ??
 ?? [ FOTO ABDULLAH YUSOF / BH ] ?? Pemain Perak, Vladislav Mirchev (dua dari kiri) berjaya menolak masuk gol kedua Perak pada aksi Liga Super, malam kelmarin.
[ FOTO ABDULLAH YUSOF / BH ] Pemain Perak, Vladislav Mirchev (dua dari kiri) berjaya menolak masuk gol kedua Perak pada aksi Liga Super, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia