Berita Harian

KEMAHIRAN PENGIRAAN

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Kuala Lumpur: Pengiraan atau Matematik sangat penting dalam membantu urusan seharian kerana kemahiran ini digunakan bagi mendapatka­n sesuatu keputusan tepat. Satu daripada peranan Matematik adalah untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi seperti urusan peniaga dan pembeli dalam jual beli. Selain nilai wang, kemahiran Matematik juga digunakan ketika ingin memasak. Sebagai contoh untuk membuat kek, adik-adik perlu tahu konsep sukatan.

Sukatan yang betul seperti sukatan tepung mesti sesuai dengan bilangan telur yang akan digunakan dan ini membabitka­n konsep pecahan. Bersama-sama wartawan BH Didik, Puan Nas Norziela Nasbah menemu bual Ketua Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Pasir Gudang, Johor, Puan Salmi Musa mengenai topik Pecahan dalam kehidupan seharian manusia. Ruangan Matematik Kertas 1 dalam Didik minggu ini juga membincang­kan tajuk Pecahan di halaman D9.

Konsep pecahan telah diajar kepada murid sekolah rendah sejak Tahun 3”

bhdidik@bh.com.my ̌

Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruha­n atau sekumpulan benda.

Dalam kehidupan seharian, pecahan digunakan bagi menentukan sukatan seperti makanan, pembahagia­n wang dan ukuran seperti kain dan kayu.

Ketua Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Pasir Gudang, Johor, Puan Salmi Musa, berkata satu daripada contoh pecahan yang biasa digunakan ialah makanan ruji rakyat Itali, piza. “Kebiasaann­ya piza dipotong kepada lapan keping bermakna setiap keping adalah ! daripada seluruh pai (bulatan). Dua keping mewakili ¼ daripada pai.

“Pecahan juga digunakan dalam sukatan masakan seperti ½ cawan gula atau ¼ sudu teh serbuk kayu manis,” katanya.

Pengangka

Beliau berkata, pecahan terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut.

Katanya, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunjukka­n banyak bahagian yang membentuk keseluruha­n.

Sebagai contoh, Puan Salmi berkata, dalam pecahan ¾, pengangka adalah 3 menunjukka­n tiga bahagian sama sementara 4 adalah bahagian membentuk keseluruha­n.

Nombor bercampur

Beliau yang juga Guru Cemerlang Matematik berkata, bagi topik Pecahan Tahun Enam, calon akan didedahkan dengan penambahan, penolakan dan operasi bergabung tambah dan tolak membabitka­n pecahan.

Walau bagaimanap­un ketika berada di Tahun Lima, katanya, calon telah didedahkan dengan pendaraban pecahan dan nombor bercampur.

 ??  ?? Membimbing Ke Arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Membimbing Ke Arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Puan Salmi Musa, Ketua Panitia Matematik SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang, Johor
Puan Salmi Musa, Ketua Panitia Matematik SK Taman Rinting 2, Pasir Gudang, Johor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia