Berita Harian

PERSONALIT­I:

Faqeeha jadikan kemahiran bermain piano, keyboard sebagai kelebihan

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Faqeeha berhasrat jadi pakar sakit puan

Mengikut jejak langkah ketiga-tiga orang kakaknya yang merupakan pemain piano dan keyboard sejak kecil, mendorong Faqeeha Aqilah Adzhar, 12, untuk turut bermain alat muzik berkenaan.

Faqeeha terpilih mewakili sekolah, iaitu menerusi

Kelab Rentak Budaya Kumpulan Orkestra Mini Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Katanya, dia mula belajar bermain keyboard pada usia enam tahun dan piano secara berperingk­at-peringkat.

“Ketika berada di Tahun Empat, saya terpilih menyertai Kelab Rentak Budaya dan mula bermain mewakili sekolah dalam persembaha­n okestra.

“Selain menjalani latihan di sekolah, saya juga mempunyai guru muzik yang datang ke rumah untuk melatih kami bermain piano dan keyboard,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tingkat keyakinan

Anak bongsu daripada empat orang adikberadi­k itu menyifatka­n pembabitan­nya dalam kumpulan orkestra mini sebagai langkah menggilap bakat dalam memainkan kedua-dua alat muzik itu.

Pakar sakit puan

Walaupun tidak menjadikan bidang muzik sebagai kerjaya idamannya, Faqeeha sentiasa bersemanga­t setiap kali membuat persembaha­n atau latihan di sekolah mahupun di rumah.

“Saya juga gembira dapat membuat persembaha­n di hadapan penonton bersama-sama rakan lain,” katanya lagi.

Faqeeha memilih kerjaya sebagai doktor pakar sakit puan apabila dewasa nanti.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Walaupun gemar bermain muzik Faqeeha pastikan cita-citanya akan tercapai.
Walaupun gemar bermain muzik Faqeeha pastikan cita-citanya akan tercapai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia