Berita Harian

Pdpc di dalam kelas

Bengkel ADD BH bantu guru mempelbaga­i kaedah pembelajar­an dan pemudahcar­aan

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Pengisian yang disampaika­n oleh penceramah Bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD) BH banyak membantu guru mempelbaga­i kaedah pembelajar­an dan pemudahcar­aan (Pdpc) di dalam kelas.

Guru Sains Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai, Rawang, Encik Mohamad Zairy Zakaria, berkata penyertaan­nya dalam Bengkel ADD BH itu memberi banyak idea untuk digunakan dalam Pdpc.

Beliau berkata, walaupun calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolahnya hanya 46 orang, jumlah calon sedikit tidak bermakna penyampaia­n perlu dihadkan.

Latihan KBAT

“Sebagai guru Sains, saya melihat penggunaan akhbar BH dapat mengemas kini maklumat berkaitan isu semasa dan ini boleh ditingkatk­an kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Majlis perasmian Bengkel ADD BH dilakukan oleh

Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Encik Sajoli Masdor.

Turut hadir ialah Timbalan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak, Encik Bakhari Abd Rahman, Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Gombak, Puan Rohanah Abdul Rahim dan Pengarang Pendidikan

BH, Puan Fadzlena Jafar.

Seramai 272 orang guru Sains dan Matematik sekitar daerah Gombak menyertai Bengkel ADD BH anjuran Unit Pengurusan Akademik (Sains dan Matematik), PPD Gombak bersama-sama

Guru Aktif 1 Selangor.

 ??  ?? Sebahagian daripada guru yang hadir mengikuti Bengkel ADD BH peringkat daerah Gombak, baru-baru ini.
Sebahagian daripada guru yang hadir mengikuti Bengkel ADD BH peringkat daerah Gombak, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia