Berita Harian

Gadis tanpa cap jari dapat lesen

Laporan BH bantu dapat dokumen selepas setahun

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Gadis kulit bersisik, Noor Shahira Redzuan, 17, berjaya memperoleh lesen memandu L selepas setahun usahanya menerusi pusat latihan memandu gagal kerana tidak memiliki cap jari.

Hasil pendedahan BH, gadis itu akhirnya dibenarkan menjalani Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP Test) secara bertulis di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Noor Shahira berkata, beliau datang ke JPJ pada sebelah pagi seperti dimaklumka­n dan terpaksa menunggu hingga petang kerana sesi pagi khas untuk pemegang kad orang kurang upaya (OKU) sedangkan beliau tidak dikategori­kan sebagai OKU.

“Usaha untuk mendapat taraf OKU sangat sukar kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat mahu pengesahan pihak perubatan, manakala pihak perubatan pula mahu melihat sama ada masalah genetik yang dihadapi saya sejak lahir kekal begitu atau sebaliknya.

“Saya tidak faham apa yang ditunggu lagi selepas 17 tahun di bawah pemerhatia­n pakar perubatan, kecacatan kulit bersisik tidak diiktiraf OKU yang menyebabka­n saya terpaksa berusaha menjadi normal, bukan OKU.

“Untuk menjadi normal, tiada pilihan lain kecuali mencari perubatan alternatif. Alhamdulil­lah, usaha sebulan lalu sudah menampakka­n perubahan genetik ke arah normal,” katanya kepada BH Plus.

BH bulan lalu mengetenga­hkan isu golongan bersisik seperti Noor Shahira yang disahkan menghidap palmoplant­ar keratoderm­a berdepan masalah untuk memperoleh lesen memandu dan melakukan urusan rasmi akibat tiada cap jari.

Kaji keunikan, faktor populasi

Susulan itu, sekumpulan pakar perubatan Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mula mengkaji keunikan dan faktor populasi terbanyak golongan kulit bersisik jenis Ichthyosis di Baling, Kedah.

Mengikut pengalaman pakar perubatan alternatif, golongan ini memiliki sistem imunisasi terbina dalam badan terhadap racun, bisa serta tahap intelektua­l normal atau lebih daripada orang lain.

Dalam pada itu, Noor Shahira mengucapka­n terima kasih kepada Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Md Ziki A Rahman dan BH yang mengetenga­hkan isu golongan sepertinya sehingga diberi perhatian pelbagai pihak.

“Sisik tangan sebelah kiri sudah mula lembut, menggelupa­s dan 50 peratus sisik hilang. Bagaimanap­un masih terlalu awal untuk saya dedahkan kaedah alternatif yang digunakan.

“Saya percaya perubahan positif ini kerana saya tidak menganggap­nya sebagai satu penyakit seperti tanggapan awam yang memandang jijik. Jika penyakit ada ubatnya tetapi ini adalah perubahan genetik bukan penyakit, maka ia diurus sebagai mutasi genetik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Noor Shahira menunjukka­n tapak tangannya mula bertambah baik.
Noor Shahira menunjukka­n tapak tangannya mula bertambah baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia