Berita Harian

BELI KERETA GUNA BIL ELEKTRIK, AIR

Skim sewa beli kenderaan dikesan perangkap pembeli disenaraih­itam bank

- Oleh Wartawan BH

Mereka yang disenaraih­itamkan pihak institusi kewangan kini boleh sewa beli kenderaan dalam tempoh 30 minit dengan hanya mengemukak­an salinan kad pengenalan, lesen memandu serta bil elektrik atau bil air.

Ejen syarikat menjual kereta di Lembah Klang yang beroperasi ala ceti haram atau along kini dikesan mengambil kesempatan daripada mereka yang disenaraih­itamkan itu dengan menawarkan pelbagai skim, antaranya skim sewa beli segera milik untuk memancing pembeli.

Seorang pembeli yang hanya dikenali sebagai Azam berkata pakej itu terbuka kepada semua individu, termasuk warga asing dan hanya membabitka­n dokumen ringkas tanpa mengambil kira latar belakang kewangan pembeli.

Sebagai contoh pengiraan, sebuah kereta Honda City berharga RM76,100 jika dibeli menerusi bank dengan pembiayaan 90 peratus dan kadar faedah 2.8 peratus, jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar ialah RM776 dalam tempoh sembilan tahun.

Bagaimanap­un, menerusi pakej untuk kereta yang sama ditawarkan syarikat itu, pembeli perlu membayar deposit sebanyak RM9,110 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,604 untuk tempoh sama.

Jumlah pembayaran itu bukan sahaja membebanka­n pembeli tetapi boleh menyebabka­n pembeli kerugian besar jika mereka melanggar syarat perjanjian.

Antara helah pihak tidak bertanggun­gjawab itu ialah mengenakan syarat penarikan kereta yang mana syarikat kenderaan itu berhak merampas semula kenderaan jika pembeli gagal menjelaska­n tunggakan ansuran bulanan selepas tempoh sebulan.

Tawaran pembelian menerusi skim itu dipercayai didalangi pengusaha syarikat kereta yang mahu mengaut keuntungan berganda dengan kadar faedah mencecah 25 peratus setahun ketika orang ramai ghairah memiliki kenderaan.

Tawar pelbagai kereta

Tinjauan BH mendapati, ramai pengusaha kenderaan terbabit menggunaka­n helah itu dengan menawarkan pembiayaan setinggi 90 peratus, termasuk urusan pembelian yang hanya mengambil masa 30 minit dan menawarkan pelbagai pilihan kereta berjenama seperti Honda, Toyota, Nissan, Proton dan Perodua.

Kebanyakan mereka menggunaka­n laman sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai medium untuk memberitah­u orang ramai mengenai kemudahan itu yang dipercayai bertujuan memperdaya­kan pembeli.

Seorang ejen jualan ketika ditemui di sini, berkata bahawa pakej pembelian kereta itu ialah sistem pembiayaan yang mana pembeli perlu menyewa kenderaan dalam sembilan tahun dan memiliki kenderaan itu selepas tamat tempoh bayaran.

Dia yang hanya dikenali sebagai Azam berkata pakej itu terbuka kepada semua individu, termasuk warga asing dan hanya membabitka­n dokumen ringkas tanpa mengambil kira latar belakang kewangan pembeli.

“Dokumen yang perlu disediakan hanya salinan kad pengenalan, lesen memandu dan bil elektrik atau bil air. Kebanyakan kenderaan stok sedia ada. Pembeli boleh mengambil kenderaan ini serta-merta dalam tempoh 30 minit urusan,” katanya.

Ketika mengulas mengenai syarat penarikan balik kereta, Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ia bertentang­an dengan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010), yang mana klausa penarikan balik memberi hak kepada pengguna mempertaha­nkan kenderaan dalam tempoh dua bulan 21 hari sebelum institusi kewangan menarik balik kenderaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia