Berita Harian

Memahami sajak Kunci Bahasa hari ini

Lokasi tumpuan pelajar, sedia koleksi bahan bacaan terkini

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Ruang yang kemas, bersih dan ceria menjadi antara tarikan utama kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 13, Subang Jaya, Selangor, untuk berkunjung ke perpustaka­an sekolah berkenaan.

Tambah menarik, semua koleksi bahan bacaan yang disediakan di Perpustaka­an Gemilang sekolah berkenaan adalah terkini mengikut tahap kesesuaian pelajar.

Wartawan BH MINDA, Puan Maria Uffa Zulkafeli berpeluang menemu bual Guru Perpustaka­an dan Media SMK USJ 13, Puan Siti Suriyati Ab Hamid untuk berkongsi mengenai tarikan Perpustaka­an Gemilang sebagai tempat yang kondusif untuk pelajar mengulang kaji pelajaran dan sebagainya.

Kehadiran pelbagai koleksi buku fiksyen dan bukan fiksyen yang terbaharu pada setiap tahun membuatkan ramai pelajar SMK USJ 13 tertarik untuk mengunjung­i Perpustaka­an Gemilang sama ada pada waktu pagi, rehat atau selepas tamat waktu persekolah­an sesi pagi.

Perkara itu diakui Guru Perpustaka­an dan Media sekolah berkenaan, Puan

Siti Suriyati Ab Hamid, yang bertanggun­gjawab memastikan operasi Perpustaka­an Gemilang sentiasa berada pada tahap memuaskan seiring dengan keperluan pelajar dan guru.

Beliau berkata, pihaknya berusaha mengemas kini buku dan bahan bacaan dari semasa ke semasa dengan setiap buku baharu dibeli selepas mengambil kira pandangan guru, pelajar dan pengawas pusat sumber.

“Semua koleksi buku sama ada buku fiksyen, bukan fiksyen dan bahan rujukan ditambah supaya selari dengan perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran serta mengikut keperluan semasa.

Ceria dan selesa

“Ini bagi memastikan setiap buku dan bahan bacaan yang terdapat di Perpustaka­an Gemilang dimanfaatk­an dengan sebaikbaik­nya oleh pelajar untuk kegunaan pembelajar­an mereka,” katanya kepada

BH MINDA, baru-baru ini. Puan Siti Suriyati berkata, selain koleksi buku terkini, suasana kondusif yang diwujudkan sama ada dari segi susun atur bahan bacaan sehinggala­h kepada kemudahan yang disediakan juga menjadi antara daya tarikan Perpustaka­an Gemilang.

Katanya, perpustaka­an bertema yang diperkenal­kan terutama mengikut musim perayaan sesuatu kaum mampu menarik minat pelajar kerana kelihatan ceria serta selesa untuk mengulang kaji pelajaran atau membaca.

“Mereka juga boleh menggunaka­n kemudahan komputer yang disediakan untuk mengakses internet bagi keperluan tugasan sekolah selain menjadi lokasi tumpuan menjelang musim peperiksaa­n kerana suasananya membolehka­n mereka fokus untuk mengulang kaji pelajaran masing-masing,” katanya.

Minggu Pusat Sumber

Puan Siti Suriyati berkata, pihaknya turut menganjurk­an Minggu Pusat Sumber dengan pelbagai aktiviti menarik setiap tahun untuk menarik minat pelajar, selain menambah dana kewangan bagi keperluan pembanguna­n dan keceriaan Perpustaka­an Gemilang.

Katanya, tahun lalu, aktiviti penjualan makanan yang dikendalik­an pihaknya berjaya mengumpul

RM5,000 dengan hasilnya digunakan untuk dekorasi dan melukis mural di luar perpustaka­an berkenaan.

“Selain koleksi bahan bacaan, saya yakin keceriaan perpustaka­an menjadi tarikan utama pelajar ke sini,” katanya yang berharap dapat menyertai pertanding­an pengurusan pusat sumber cemerlang pada peringkat daerah seterusnya ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.

 ??  ??
 ??  ?? Membimbing Ke Arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Membimbing Ke Arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 ??  ?? Pelajar mengulang kaji pelajaran di perpustaka­an.
Pelajar mengulang kaji pelajaran di perpustaka­an.
 ??  ?? Pelajar memilih buku di perpustaka­an.
Pelajar memilih buku di perpustaka­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia