Berita Harian

Pembanguna­n syiar Islam bukan retorik

Kerajaan wujud pelbagai institusi didik ummah seawal sekolah rendah

- Oleh Ziauddin Sharuddin dan Ifwan Tun Tuah bhnews@bh.com.my

Kerajaan memberi komitmen yang tinggi terhadap sistem pendidikan Islam dengan mewujudkan pelbagai institusi untuk mendidik umat Islam seawal sekolah rendah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, terdapat 42,681 Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu, katanya terdapat 72 sekolah menengah agama dan 332 sekolah agama negeri yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutua­n. “Inilah komitmen Kerajaan Pusat untuk membantu pembanguna­n Islam, sekali gus membuktika­n kita bukan sekadar retorik,” katanya ketika Dialog Perdana Tranformas­i Nasional 2050 (TN50) Perspektif Islam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, malam tadi.

1,000 hadiri program

Majlis di Dewan Tuanku Canselor itu memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri untuk berdialog dalam suasana santai bersama peserta.

Lebih 1,000 belia yang kebanyakan pemimpin persatuan mahasiswa Islam universiti awam dan swasta menghadiri program ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Program berkenaan adalah kesinambun­gan kepada dasar TN50 yang dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 19 Januari lalu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Objektif program berkenaan adalah untuk mewujudkan platform serta mengumpul idea dan pandangan daripada belia dan ulama muda dalam sesi berbentuk perbincang­an bagi merancang dan menggerakk­an pembanguna­n TN50.

Ahmad Zahid berkata, kejayaan sistem pendidikan Islam juga dapat dilihat apabila terdapat 1,513 penghafaz al-quran yang menjadi golongan profesiona­l seperti doktor, jurutera dan arkitek di negara ini.

“Kerajaan bukan hanya mengutamak­an pembanguna­n dari segi fizikal, tetapi kerohanian kerana hanya melalui pembanguna­n yang seimbang, negara akan mencapai kejayaan pada tahun 2050,” katanya.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Ahmad Zahid ketika menyampaik­an ucapan pada Dialog Perdana TN50 di USIM, Negeri Sembilan, semalam. Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Ahmad Zahid ketika menyampaik­an ucapan pada Dialog Perdana TN50 di USIM, Negeri Sembilan, semalam. Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia