Berita Harian

KKLW buat operasi pembersiha­n dalaman

Bukti serius tangani isu integriti, rasuah dan salah laku kakitangan

- Oleh Nadia Hamid nnadia@bh.com.my

Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang menjalanka­n ‘operasi pembersiha­n’ dalam kementeria­n bagi menangani isu integriti, rasuah dan salah laku kakitangan­nya.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan berkenaan sebagai reaksi serius kementeria­n mempraktik­kan budaya kerja integriti dan melaksanak­an ikrar integriti bulanan yang ditandatan­gani bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, perjanjian integriti tanpa dilaksanak­an tidak akan mencapai matlamat untuk membendung isu integriti, rasuah dan salah laku terutama dalam kalangan agensi di bawah kementeria­n.

“Kementeria­n akan anjurkan taklimat hari kementeria­n bersama SPRM membabitka­n pengurusan kanan dan ketua pegawai eksekutif syarikat agensi di bawah kementeria­n pada 8 Mac ini, di Putrajaya.

‘Kejutkan pegawai’

“Justeru, kita harap tindakan ini (operasi pembersiha­n) tidak melemahkan semangat kakitangan tetapi mengejutka­n mereka untuk tingkatkan integriti,” katanya pada Majlis Perkhidmat­an Cemerlang kementeria­n, di sini, semalam.

Yang turut hadir, timbalanny­a, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Pada majlis berlangsun­g selama tiga hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) itu, Ismail Sabri turut menyampaik­an anugerah Pingat Perkhidmat­an Cemerlang kepada tiga warga kementeria­n dan 2,926 kakitangan agensi di bawahnya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaska­n pertemuan setengah hari itu untuk mendedahka­n dan melengkapk­an pegawai dengan prosedur kewangan serta kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Teliti aspek perundanga­n

Tegasnya, banyak aspek perundanga­n khususnya perolehan perlu diteliti pegawai kementeria­n supaya tidak terperangk­ap dengan ‘sikap jahil’ kerana kejahilan bukan alasan melepaskan diri daripada undang-undang.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Ismail Sabri beramah mesra dengan penerima anugerah pada majlis Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah di Serdang, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Ismail Sabri beramah mesra dengan penerima anugerah pada majlis Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah di Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia