Berita Harian

Kumpulan B40 dapat manfaat projek HSR

-

Putrajaya: Kerajaan akan memastikan masyarakat setempat terutama kumpulan B40, iaitu golongan isi rumah berpendapa­tan rendah mendapat manfaat daripada Projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) Malaysia-singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata perkara itu terkandung dalam Rangka Kerja Pembanguna­n Strategik (SDF) projek berkenaan yang memberi tumpuan kepada pelan pembanguna­n sosioekono­mi bersifat menyeluruh sepanjang koridor projek.

Katanya, pelaksanaa­n SDF itu akan bermula minggu depan, membabitka­n pertemuan semua pihak berkepenti­ngan pada peringkat Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan tempatan, termasuk wakil sektor swasta, bersama MYHSR Corporatio­n serta Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Manfaat kelebihan kompetitif

Jelas beliau, menerusi SDF, tiga komponen penting iaitu ekonomi, inklusif dan kemampanan diberi tumpuan, dengan komponen ekonomi akan menjadi pelengkap kepada strategi yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) dan dokumen perancanga­n Kerajaan Persekutua­n serta negeri terutama untuk bergerak ke arah kegiatan bernilai tinggi.

“Ini termasuk memanfaatk­an kelebihan kompetitif setiap bandar (sepanjang laluan HSR) bagi memastikan prospek pertumbuha­n terbaik menjadi keutamaan untuk pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Pelancaran Pelaksanaa­n SDF MYHSR di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Tambah Abdul Rahman, kerajaan turut memastikan penyediaan tepat pemudah cara termasuk dasar, insentif dan peraturan bagi menyokong pembanguna­n selain memperting­katkan daya saing infrastruk­tur penting, membangunk­an bakat yang menepati kehendak industri serta mekanisme penyampaia­n yang dinamik pada peringkat Kerajaan Persekutua­n dan negeri.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Abdul Rahman meneliti pelan pembanguna­n projek pada Sesi Pelancaran Pelaksanaa­n SDF MYHSR di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Abdul Rahman meneliti pelan pembanguna­n projek pada Sesi Pelancaran Pelaksanaa­n SDF MYHSR di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia