Berita Harian

Dakwaan Duta Pyongyang sekadar khayalan, bohong

Duta kita diarah pulang, Wisma Putra panggil Duta Korea Utara

- Oleh Magendran Rajagopal magendran@bh.com.my

Dakwaan Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, berhubung siasatan kes kematian warganya, Kim Jong-nam, adalah bersandark­an khayalan, pembohonga­n dan perkara yang hanya separuh benar.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata demikian merujuk kepada kenyataan media Kang Chol petang semalam yang mengandung­i beberapa tuduhan terhadap siasatan kematian Jong-nam, yang juga abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

“Tuduhan berkenaan, yang bersandark­an khayalan, pembohonga­n dan perkara yang hanya separuh benar, sudah menjadi asas kepada kesimpulan Duta Besar terbabit.

“Beliau mendakwa, ‘penyiasata­n terbabit didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir’ dan 'penyiasata­n yang dikendalik­an bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan untuk mencari suspek, tetapi bermotifka­n politik’.

Tak memihak

“Apabila Duta Besar dipanggil oleh Kementeria­n Luar, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Halehwal Dua Hala sudah menekankan bahawa penyiasata­n dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa,” tegasnya dalam kenyataan media malam tadi.

Sebelum itu, Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam Kementeria­n Luar memaklumka­n bahawa Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad dipanggil pulang untuk proses perundinga­n.

Tambah Anifah, pihaknya turut menjelaska­n bahawa siasatan dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan Malaysia selain menegaskan, apa sahaja tohmahan yang dibuat yang menyangkal hakikat itu, ataupun tohmahan bahawa Malaysia bersekongk­ol dengan mana-mana negara asing adalah penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.

Tidak ada hubung kait

Katanya, penyiasata­n polis dalam kes berkenaan adalah berdasarka­n petunjuk yang ada dan kesemuanya akan disiasat sepenuhnya meskipun ia mungkin melangkau, dan dalam sesetengah kes, tidak ada hubung kait dengan maklumat yang diberi pihak kedutaan mahupun entiti lain.

“Di mana-mana negara yang bertamadun, adalah menjadi amalan bahawa kes sedemikian akan disiasat secara menyeluruh dan adalah menjadi tanggungja­wab kerajaan untuk berbuat demikian, malah pihak awam juga akan menuntut perkara yang sama,” katanya.

Tuduhan berkenaan, yang bersandark­an khayalan, pembohonga­n dan perkara yang hanya separuh benar, sudah menjadi asas kepada kesimpulan Duta Besar terbabit” Anifah Aman, Menteri Luar

 ?? [MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Media tempatan dan luar negara menunggu ketibaan waris Kim Jong-nam di klia2. Difahamkan waris Jong-nam menaiki pesawat Airasia dari Macau tiba jam 7.50 petang semalam.
[MOHD FADLI HAMZAH/BH] Media tempatan dan luar negara menunggu ketibaan waris Kim Jong-nam di klia2. Difahamkan waris Jong-nam menaiki pesawat Airasia dari Macau tiba jam 7.50 petang semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia