Berita Harian

Laksana sekatan diplomatik jika rundingan gagal

-

Kuala Lumpur: Malaysia wajar mempertimb­angkan sekatan diplomatik secara berperingk­at terhadap rakyat Korea Utara jika rundingan dengan negara itu berhubung pembunuhan Kim Jong-nam menemui jalan buntu.

Pensyarah Pengajian Antarabang­sa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata pembunuhan berprofil tinggi itu mengundang risiko keselamata­n antarabang­sa, selain menjejaska­n reputasi Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, langkah bersesuaia­n mengikut saluran diplomatik perlu diperhalus­i sekiranya hubungan Malaysia dan Korea Utara semakin meruncing.

“Program Pengecuali­an Visa (VWP) yang dimeterai antara Malaysia dan Korea Utara diakui memberi pelbagai manfaat, khususnya terhadap aliran kemasukan pelancong asing dari negara itu.

Undang ancaman

“Bagaimanap­un, keistimewa­an itu boleh mencetuska­n ancaman jika Malaysia menjadi lokasi pembunuhan orang kenamaan negara berkenaan.

“Kita juga wajar pertimbang­kan langkah menghapusk­an VWP jika semua saluran diplomatik untuk berunding dengan Korea Utara gagal dilaksanak­an secara harmoni dan prejudis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Myanmar pernah memutuskan hubungan diplomatik untuk tempoh sementara dengan Korea Utara berikutan kes pembunuhan Presiden kelima republik itu, Chun Doo-hwan di Rangoon (kini Yangon) pada 9 Oktober 1983.

Mohd Azizuddin berkata, keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara mungkin menyebabka­n duta Malaysia di republik itu diisytihar­kan sebagai ‘persona non grata’ (tidak diterima sesuatu negara).

“Tindakan itu juga boleh menyebabka­n kedutaan Malaysia di Korea Utara ditutup, selain penghapusa­n kemudahan VWP antara kedua-dua negara.

“Semua ini adalah tindakan drastik dan agresif yang memerlukan penelitian pelbagai aspek kerana ia membabitka­n hubungan antara dua negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia