Berita Harian

Elemen psikososia­l masyarakat kita masih lemah

-

Berita kemalangan maut di awal pagi membabitka­n sekumpulan remaja bermain basikal di Johor Bahru perlu dilihat dari aspek psikososia­l. Dapat dilihat betapa kurangnya nilai keselamata­n dan pertahanan diri kedua-dua pihak iaitu remaja itu serta pemandu kereta yang melanggar mereka.

Di negara Barat, elemen psikososia­l ini sangat tinggi, sebab itu ada budaya di sana jika pemandu nampak orang melintas jalan dia akan cuba berhenti. Tetapi, di Malaysia nilai budaya seperti itu tidak begitu dipraktikk­an.

Perkara seterusnya adalah aspek kekeluarga­an. Apabila budak yang berumur 13 tahun hingga 16 tahun berada di luar kawasan rumah pada jam 3 pagi, ia membangkit­kan satu persoalan. Kalau mereka mahu lakukan perkara seperti itu dengan kebenaran polis dan ibu bapa, ia tidak jadi masalah.

Tetapi, jika aktiviti dibuat tanpa pengetahua­n ibu bapa, polis dan pihak berkuasa lain atau individu lebih dewasa, maka aktiviti itu boleh dianggap anti sosial. Jika kumpulan remaja ini terperangk­ap dalam kelompok antisosial itu, kita boleh jangka kenapa mereka berada dalam perangkap ini.

Pertama, yang mendorong perlakuan itu sudah pasti disebabkan faktor individu. Contohnya dalam kes nahas ini, membabitka­n aktiviti berkumpula­n. Bermakna, ia sesuatu yang sudah berlaku secara tidak berstruktu­r, sehingga kelamaan menjadi satu tabiat dan kelaziman dalam hidup remaja itu.

Semua pihak perlu peka

Ini memerlukan semua pihak membuka mata. Jika sudah berlaku di Johor Bahru, tidak mustahil untuk berlaku di bandar lain selepas ini. Sememangny­a lumrah sifat remaja itu bermula dengan mencuba. Jika tiada bantahan dan larangan, mereka akan meneruskan tabiat itu sehingga menjadi kegemaran atau hobi.

Sementara itu, pada peringkat rakan sebaya pula, kita boleh lihat ada rakan sebaya yang memiliki nilai positif. Kebanyakan rakan sebaya memiliki cita rasa yang sama untuk memenuhi keperluan tersebut. Faktor rakan sebaya sangat kuat, ia seolah-olah seperti magnet yang mampu menarik pengaruh rakannya. Jika seorang buat aktiviti tertentu pasti tidak seronok, dua orang agak seronok. Kalau ramai sudah pasti lebih seronok dan kerana itu mengapa ia boleh mewujudkan kumpulan atau kelompok yang besar seperti kumpulan berbasikal remaja ini.

Karakter rakan sebaya sebaiknya jangan terlalu mahu memenuhi keperluan pada ketika itu, sebaliknya menjadi cermin dan pemantul kepada rakan yang lain. Namun hakikatnya, sikap remaja pada hari ini sudah kurang menjadi pemantul, takut nanti dianggap sebagai skema dan poyo, lurus bendul atau sebagainya. Seterusnya elemen penting adalah penjaga dan ibu bapa.

Ia memerlukan kesabaran dan kesungguha­n sebab peringkat pengawasan remaja ini diakui sangat mencabar. Cuma secara psikososia­l seorang kanak-kanak mesti berada di bawah pengawasan ibu bapa pada waktu tertentu, apatah lagi pada jam 3 pagi. Ibu bapa mesti memainkan peranan meningkatk­an lagi keprihatin­an penjagaan dan pemelihara­an aspek keselamata­n anak. Peranan ibu bapa pada peringkat ini sangat penting. Mereka kena tahu remaja minat dan perlu kepada aktiviti tertentu.

Kemungkina­n keadaan rumah tidak berapa selesa dan duduk di kawasan sempit juga boleh menyebabka­n mereka bertindak balas dengan melakukan aktiviti tidak bermanfaat. Untuk mengatasin­ya ibu bapa perlu tahu hubungan anak itu dengan individu lain yang boleh mereka dengari.

Contohnya, dia baik dan rapat dengan individu tertentu yang lebih dewasa, mereka boleh membantu dalam memberi nasihat kepada anak itu. Adakalanya ia lebih berkesan dan selesa berbanding dengan cara ibu bapa itu sendiri.

Jika dia baik dengan kakak sulungnya atau pak cik saudara, ibu bapa kena kenal pasti individu ini sebelum meminta mereka untuk menasihatk­an anaknya. Ia boleh membantu ubah tingkah laku remaja secara tidak langsung.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia