Berita Harian

4 pegawai agama Johor ditahan SPRM

Semua suspek bakal dihadap ke mahkamah babitkan kes berasingan

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

Dua pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Kedua-dua suspek berusia 55 tahun dan 40 tahun ditahan di pejabat SPRM Johor ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan yang dijalankan ke atas mereka, semalam.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menyalahgu­nakan kedudukan mereka di Bahagian Undang-undang Syariah JAINJ untuk meluluskan permit penganjura­n kursus praperkahw­inan Islam tanpa melalui prosedur.

“Kedua-dua suspek dipercayai meluluskan permit berkenaan menerusi Badan Kebajikan dan Sukan yang ditubuhkan oleh Bahagian Undang-undang Syariah JAINJ,” kata sumber berkenaan, semalam.

Kutip bayaran peserta kursus

Sumber berkata, sejak 2015 hingga tahun 2016, kutipan bayaran peserta kursus berjumlah kira-kira RM130,000 sudah dimasukkan ke dalam akaun Badan Kebajikan dan Sukan berkenaan.

Dalam kes berasingan, seorang Pegawai Pendidikan Agama di Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Johor Bahru turut ditahan SRPM kerana disyaki menerima suapan daripada sebuah syarikat percetakan buku bagi Sekolah Agama Rakyat Negeri Johor.

Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor bersama seorang lagi pegawai agama yang bertugas di jabatan sama, masing-masing berusia 45 dan 55 tahun.

SPRM turut menyita empat kenderaan milik kedua-dua suspek yang dipercayai dibeli hasil wang suapan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahka­n kedua-dua kes berkenaan dan semua empat suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk permohonan reman.

Kedua-dua suspek dipercayai meluluskan permit berkenaan menerusi Badan Kebajikan dan Sukan yang ditubuhkan oleh Bahagian Undangunda­ng Syariah JAINJ,” Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia