Berita Harian

Kembalikan Pulau Batu Puteh demi keadilan

- Tan Sri Mohamed Apandi Ali Peguam Negara

Pertikaian mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) bukan perkara baharu. Ia bermula bila Malaysia mengeluark­an, pada 21 Disember 1979, satu peta yang menunjukka­n pulau ini berada di dalam kawasan perairan Malaysia. Peta ini tidak dipersetuj­ui Singapura yang meminta pada 14 Februari 1980, supaya ia diperbetul­kan kerana berpendapa­t pulau ini adalah miliknya.

Selepas rundingan pada 4 Februari 1993 dan 11 hingga 13 Januari 1994 gagal menyelesai­kannya, Malaysia dan Singapura pun merujuk pertikaian ini ke Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) pada 24 Julai 2003. Ia berakhir pada 23 Mei 2008 bila ICJ memutuskan bahawa berdasarka­n bukti yang dikemukaka­n kepadanya, kedaulatan ke atas pulau ini sudah berpindah ke Singapura pada 1980.

Kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh ini adalah satu peristiwa yang menyedihka­n bagi negara, apatah lagi kepada Jabatan Peguam Negara yang menyaksika­n Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pasukan undang-undang Malaysia di ICJ pada waktu itu, dipersalah­kan, antaranya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei 2008.

Tubuh RCI

Kesan mendalam di atas kehilangan Pulau Batu Puteh ini kepada rakyat Malaysia tergambar bila lima tahun selepas ia berlaku, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, membuat satu akuan bersumpah (SD) bagi meyakinkan kerajaan supaya menubuhkan sebuah Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi membongkar apa yang berlaku di sebalik kehilangan ini.

Paling diingati ialah titah Sultan Johor sebelum ini, Sultan Iskandar Sultan Ismail, pada 19 Jun 2008 yang berbunyi: “Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatka­n semula pulau milik Johor itu”. Ini diikuti titah Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Iskandar, pada 30 Mei 2014 supaya kerajaan Johor merayu keputusan ICJ sejajar dengan pesanan ayahanda baginda.

Antara perkara yang menjadi keutamaan saya bila dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 adalah untuk merealisas­ikan hasrat Sultan Johor mendapatka­n semula Pulau Batu Puteh.

Walaupun tidak terbabit dalam pasukan undang-undang Malaysia di ICJ waktu itu, selaku anak Malaysia yang patriotik, saya mengikuti rapat dan cukup terkesan bila pulau itu terlepas ke tangan Singapura.

Perlu saya jelaskan, misi ini bukan sahaja misi peribadi saya sebagai Mohamed Apandi Ali, tetapi adalah juga misi rasmi Jabatan Peguam Negara yang saya ketuai untuk mengembali­kan semula wibawa kami yang terjejas apabila kami ditunjuk sebagai punca Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh. Untuk itu, kami akan berusaha bermati-matian untuk mendapatka­n kembali pulau yang terlepas ini.

Masa sebenarnya tidak menyebelah­i saya. Bila saya dilantik sebagai Peguam Negara, keputusan ICJ sudah tujuh tahun berlalu sedangkan, mengikut Artikel 61 Statut ICJ, permohonan untuk menyemak semula keputusan ICJ hanya boleh dibuat dalam tempoh 10 tahun dari tarikh penghakima­n, sekali gus bermakna bahawa saya mempunyai masa selama tiga tahun sahaja untuk berbuat demikian.

Artikel 61 ini juga mensyaratk­an bahawa permohonan semakan semula ini hanya boleh dibuat bila ia diasaskan kepada penemuan fakta baharu yang boleh menjadi faktor penentu, fakta yang waktu penghakima­n dibuat, tidak diketahui oleh ICJ dan pihak perayu, dan ketidakket­ahuan ini tidak berpunca daripada kelalaian. Rayuan ini pula mesti dibuat dalam tempoh enam bulan fakta baharu ditemui.

Bagi memenuhi maksud ini, saya sudah melantik dua peguam sebagai pengkaji dan menempatka­n mereka di London mulai Julai 2016 bagi menyemak lebih 3,000 dokumen yang baharu dideklasif­ikasikan di Arkib Negara United Kingdom.

Ia satu tugas yang sangat rumit, tetapi berkat kesabaran kami, akhirnya kami menemui tiga dokumen yang menepati kehendak Artikel 61 itu.

Bagi memastikan usaha kami ini mencapai kejayaan, saya secara peribadi menyelia sendiri kajian ini dengan membuat beberapa kunjungan ke London untuk bersama mereka, paling akhir adalah hujung Januari lalu. Bagi membantu mengkaji kesan perundanga­n daripada fakta yang baharu ditemui pula, saya sudah mendapatka­n khidmat beberapa peguam diraja dan profesor undang-undang antarabang­sa.

Semakan semula di ICJ

Berdasarka­n kepada penemuan tiga dokumen ini, iaitu surat menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, satu laporan kejadian yang difailkan oleh seorang pegawai tentera laut British pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari 1960an, saya akhirnya berjaya memfailkan permohonan semakan semula ini di ICJ pada 2 Februari lalu.

Saya berkeyakin­an penuh permohonan ini akan mendapat pertimbang­an seadilnya dari ICJ kerana fakta baharu yang kami temui ini boleh menjadi faktor penentu, fakta ini, waktu penghakima­n dibuat, tidak diketahui oleh ICJ dan pihak kami, dan ketidaktah­uan ini tidak berpunca daripada kelalaian. Rayuan ini juga dibuat dalam tempoh kurang enam bulan fakta baharu mula ditemui, iaitu 4 Ogos 2016.

Apa yang saya lakukan ini tidak akan sama sekali menjejaska­n hubungan antara dua negara. Ia juga bukan bertujuan untuk mencari populariti, jauh sekali untuk membolehka­n isu ini digunakan sebagai modal politik.

Ia adalah sebahagian daripada ikrar kami untuk menegakkan keadilan, demi agama, bangsa dan negara. Berkat doa semua, insyaAllah, Pulau Batu Puteh akan kembali ke pangkuan kita.

Walaupun tidak terbabit dalam pasukan undang-undang Malaysia di ICJ waktu itu, saya cukup terkesan bila pulau itu terlepas ke tangan Singapura”

Bagi mengkaji fakta yang baharu, saya dapatkan khidmat peguam diraja dan profesor undangunda­ng antarabang­sa”

Saya yakin permohonan ini mendapat pertimbang­an seadilnya dari ICJ kerana fakta baharu yang kami temui ini boleh menjadi faktor penentu”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia