Berita Harian

Lebih 25,000 peluang kerja untuk diisi

Temu duga SL1M Zon Tengah di PWTC hari ini

- Oleh Haryani Ngah

Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari, mulai hari ini, menyediaka­n lebih 25,000 peluang pekerjaan dan latihan kepada pencari kerja.

Tawaran pekerjaan ini terbuka kepada semua pihak sama ada hanya berkelulus­an Tahun Enam atau sekadar pandai membaca sehingga ke pemegang ijazah kedoktoran (PHD).

Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail, berkata program temu duga SL1M yang pertama diadakan pada tahun ini menyediaka­n jumlah pekerjaan terbesar sejak bermula pada 2011.

“Program ini diseliakan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta melalui program tanggungja­wab sosial (CSR) mereka.

“Kita ada lebih 100 syarikat besar dan kecil pada program ini serta beratus-ratus temu duga akan dijalankan secara terus. Saya percaya mereka yang datang tidak akan balik tangan kosong, sebaliknya pulang membawa sekurangku­rangnya satu pekerjaan jika berusaha lebih.

“Menerusi program ini, ada syarikat menawarkan pekerjaan tetap secara terus kepada pemohon. Saya berharap pencari kerja yang mendapat pekerjaan pada program ini supaya segera merebut peluang dan jangan berlengah membuat keputusan,” katanya.

Pengalaman jalani temu duga

Program temu duga terbuka ini akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beliau turut merasai pengalaman menjalani temu duga, selain melancarka­n buku dan sistem pengurusan SL1M.

Norashikin berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang dua hari, termasuk pemberian cenderahat­i percuma kepada 40,000 pencari kerja pertama, selain dia-

Ada syarikat menawarkan pekerjaan tetap secara terus kepada pemohon” Norashikin Ismail, Ketua Sekretaria­t SL1M

dakan sesi motivasi dan taklimat untuk menghadiri temu duga.

Katanya, pengunjung juga berpeluang membawa pulang banyak hadiah misteri dalam cabutan bertuah termasuk iphone 7 dan pembiayaan ‘Oxbold Extreme Sports Malaysia: One Day Pilot Program’.

“Selain temu duga, kita juga akan mengadakan sesi Tip Gerenti Sukses terbuka kepada semua pencari kerja dan pengunjung untuk memberi gambaran hala tuju serta menaikkan semangat dan motivasi mereka.

“Kita sasarkan 30,000 pengunjung membabitka­n graduan dan pencari kerja dari seluruh negara hadir pada program ini,” katanya.

Pada program tahun ini, SL1M melantik penyanyi, Faizal Tahir dan kumpulan pelawak, Zero sebagai duta yang akan bersama berkongsi pengalaman mencari pekerjaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia