Berita Harian

Datuk Seri antara 22 didakwa

Dituduh jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 24 di Pulau Pinang

- Oleh Adha Ghazali, Siti Sofia Md Nasir dan Omar Osman

Seramai 22 ahli kongsi gelap Geng 24, termasuk seorang bergelar Datuk Seri, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Pulau Pinang sejak dua tahun lalu.

Tertuduh yang berumur antara 24 hingga 55 tahun, mengangguk selepas semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada Ng Chian Sia, Teh Swee Chin, Bee Hooi Siang, Eee Ching Hock, Jeremy Cheng Yee Fun, Mah Chee Seng, Yeong Kah Man, Goh Shun Shien, Ng Ah Boey, Yeoh Choon Hin, Teng Kok Haw, Lim Leong Huat, Chee Chia Heng, Song Wai Hon, Teoh Jong Yow, Yeoh Choon Hong, Lee Chew Hong, Tan Soo Ching, Teh Ang Beng, Tang Soon Poh, Teoh Chin Yeow dan Teng Kok Loon.

Terdahulu, pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Jailani Abdul Rahman, memohon tiada tawaran jaminan berikutan penahanan semua tertuduh dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkahlan­gkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mohon ke Mahkamah Tinggi

Bagaimanap­un, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Chian Sia memohon kes disebut semula dan dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi.

Permohonan itu turut dipersetuj­ui empat lagi peguam yang mewakili Jeremy Ching, Choon Hong, Choon Heng, dan Chee Seng.

Roslan tidak membenarka­n semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Di Alor Setar, tujuh lelaki yang disyaki terbabit kegiatan jenayah dan kongsi gelap, dikenakan perintah tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, semalam.

Perintah tahanan selama 21 hari bermula ke atas tujuh lelaki berusia 20-an dan 50-an yang ditahan dalam beberapa serbuan sekitar Kuala Muda dan Kulim, dikeluarka­n Majistret Mohd Hafizuddin Ramli.

Terdahulu, semua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini, diiringi anggota polis sebelum disusuli permohonan perintah tahanan di Mahkamah Majistret yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajuddin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi mengesahka­n perintah tahanan itu dikeluarka­n ke atas semua tujuh suspek.

 ?? [FOTO MIKAIL ONG/BH] ?? Anggota polis mengiringi antara 22 anggota Geng 24, termasuk seorang bergelar Datuk Seri (baju biru) dibawa ke Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam.
[FOTO MIKAIL ONG/BH] Anggota polis mengiringi antara 22 anggota Geng 24, termasuk seorang bergelar Datuk Seri (baju biru) dibawa ke Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia