Berita Harian

Palang laluan masuk M-BIKE rosak punca sesak

-

Johor Bahru: Kerosakan palang laluan masuk di lorong Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-BIKE) menyebabka­n ribuan motosikal tersangkut dalam kesesakan teruk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata palang di laluan itu gagal berfungsi antara jam 5 hingga 7.30 pagi.

Katanya, ia menyebabka­n ramai penunggang motosikal terpaksa berdepan kesesakan teruk sehingga gambar itu menjadi viral di laman sosial.

“Ada penunggang motosikal yang tidak sabar dan memasuki laluan bas serta kereta yang menambahka­n lagi masalah kesesakan di CIQ.

Kesesakan babit 10,000 motosikal

“Ia menyebabka­n hampir 10,000 motosikal yang memasuki Singapura terbabit dalam kesesakan itu,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sulaiman berkata, keadaan bagaimanap­un mula terkawal apabila pihak Jabatan Imigresen berjaya menyelesai­kan masalah itu kira-kira jam 8.55 pagi.

M-BIKE dikuatkuas­akan di kedua-dua pintu keluar masuk Malaysia-singapura, khusus bagi penunggang dan pembonceng motosikal warga Malaysia yang berdaftar mulai 30 November lalu.

Menerusi sistem itu, pemeriksaa­n dokumen perjalanan melalui pintu masuk Malaysia-singapura dilaksanak­an secara automatik.

Pemeriksaa­n dokumen mengambil masa lapan hingga 10 saat sahaja bagi setiap individu dengan 100 laluan di CIQ BSI dan 50 laluan di CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

 ??  ?? Keadaan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar, semalam.
Keadaan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia