Berita Harian

Seminar jenayah seksual kanak-kanak tingkat kesedaran

-

Putrajaya: Bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai jenayah seksual kanak-kanak, satu seminar bertajuk ‘Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!! akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, bulan depan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata seminar dua hari anjuran PERMATA Negara (PERMATA) dan Jawatankua­sa Bertindak Berkenaan Isu Jenayah Seksual Kanak-kanak yang bermula 13 Mac ini, dijangka dihadiri 2,000 peserta dari pelbagai pihak berkepenti­ngan.

Katanya, selain meningkatk­an kesedaran terutama ibu bapa mengenai jenayah itu, seminar juga bertujuan mendapatka­n komitmen semua pihak dalam usaha mencegah dan menangani masalah berkenaan.

Perlu wujud akta baharu

Ia juga diharap dapat memberi kesedaran mengenai perlunya akta baharu diwujudkan mengenai jenayah seksual kanak-kanak.

“Saya memandang serius jenayah ke atas kanak-kanak dan remaja... kes yang menggugat keselamata­n dan hak kanak-kanak seperti penderaan seksual berlaku di mana-mana.

“Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga Oktober tahun lalu menyatakan sebanyak 12,025 kes jenayah seksual membabitka­n kanak-kanak bawah usia 18 tahun dilaporkan dan ia meningkat saban tahun,” katanya pada majlis prapelanca­ran seminar berkenaan di Seri Perdana di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said serta Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Rosmah yang juga penaung seminar itu, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadual merasmikan seminar itu.

Katanya, seminar berkenaan membabitka­n sesi perbincang­an panel, perbincang­an kumpulan pihak berkepenti­ngan seperti ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, media dan pengusaha pusat asuhan kanakkanak serta pembentang­an hasil perbincang­an kumpulan.

Beliau juga berharap seminar yang dijangka dihadiri 15 pakar dari dalam dan luar negara itu akan membantu kerajaan membawa perubahan perundanga­n bagi mencegah jenayah seksual kanak-kanak, sebelum Rang Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak dibentang, dibincang dan diluluskan di Parlimen.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Rosmah (dua dari kiri) diiringi Rohani (kanan) dan Azalina merasmikan Majlis Prapelanca­ran dan Sidang Media Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak:hentikan!! di Seri Perdana Putrajaya, semalam.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Rosmah (dua dari kiri) diiringi Rohani (kanan) dan Azalina merasmikan Majlis Prapelanca­ran dan Sidang Media Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak:hentikan!! di Seri Perdana Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia