Berita Harian

PIBG, guru perlu aktif beri perkhidmat­an kaunseling

Kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa jadi penggerak bentuk sikap positif pelajar bermasalah

- Oleh Ifwan Tun Tuah Pihak sekolah, PIBG dan polis boleh mengkaji gejala sosial dalam kalangan pelajar di tempat masing-masing dan bersama berusaha mengatasin­ya dengan program kesedaran yang bersesuaia­n” Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah perlu memainkan peranan lebih aktif untuk membantu pelajar yang mengalami perubahan sikap dengan memberikan khidmat kaunseling.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihak sekolah terutama guru tiada kuasa untuk mengawal pelajar selepas waktu persekolah­an, tetapi boleh menjadi penggerak kepada usaha membentuk sikap pelajar yang positif.

“Ibu bapa memainkan peranan terpenting untuk mengawasi anak yang hanya berada di sekolah separuh hari atau sehingga waktu persekolah­an tamat.

Kenal pasti sikap negatif

“Namun, PIBG dan sekolah juga boleh bekerjasam­a memberi tumpuan terhadap masalah pelajar termasuk mengenal pasti sikap yang negatif dan menghantar mereka bertemu kaunselor.

“Pada masa sama, ibu bapa perlu lebih mengambil berat mengenai anak masing-masing,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kerjasama kepimpinan Yayasan Permuafaka­tan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di sini, semalam.

Mahdzir mengulas kemalangan mengorbank­an lapan remaja lelaki manakala lapan lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, berhampira­n Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di Johor Bahru, Johor, Sabtu lalu.

Kaji gejala sosial

Mangsa berusia antara 13 hingga 16 tahun, adalah sebahagian daripada antara 30 hingga 40 remaja yang berbasikal ketika kejadian itu.

Mahdzir berkata, pihak sekolah, PIBG dan polis boleh mengkaji gejala sosial dalam kalangan pelajar di tempat masing-masing dan bersama berusaha mengatasin­ya dengan program kesedaran yang bersesuaia­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia