Berita Harian

Konsep ADD selaras bahan bantu mengajar

Bengkel anjuran BH contoh terbaik korporat bantu perkasa pendidikan negara

- Oleh Nor Farhani Che Ad upen@bh.com.my

Penggunaan akhbar dalam darjah (ADD) sebagai bahan bantu mengajar (BBM) menerusi inisiatif dilakukan akhbar BH dapat membantu dalam usaha memperkasa pendidikan negara, khususnya dalam kalangan pelajar di luar bandar.

Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda/yan, Mohd Asri Ahmad, berkata ADD adalah antara bahan mengajar dalam darjah seperti ditetapkan Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan juga sebagai instrumen pemantauan guru.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sememangny­a memberi penekanan kepada aspek pendidikan, tetapi sokongan masyarakat seperti syarikat korporat BH ini dapat membantu meningkatk­an usaha untuk memperkasa pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel ADD BH 2017 di Dewan Munsyi Kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Abdul Halim, di sini, kelmarin.

Yang turut hadir ialah Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar; Ketua Biro BH Alor Setar, Adha Ghazali dan Eksekutif Kanan Jabatan Jualan dan Pengedaran Akhbar NSTP Alor Setar, Hawari Mohamed.

Maklum balas positif

Mohd Asri berkata, penggunaan akhbar dalam bentuk cetakan atau digital dapat membudayak­an amalan membaca dalam kalangan pelajar.

Katanya, penggunaan akhbar secara tidak langsung membuka minda pelajar, sekali gus menjadikan mereka insan berpengala­man, berpengeta­huan dan peka isu semasa.

Sementara itu, Fadzlena berkata, BH menerima banyak jemputan dari PPD di seluruh negara bagi menganjurk­an Bengkel ADD dan pada tahun ini bengkel ADD Sungai Petani menjadi lokasi keempat selepas Labuan di Sabah; Gombak di Selangor dan minggu lalu di Kemaman, Terengganu.

Katanya, pihaknya menerima maklum balas positif daripada sekolah yang menggunaka­n sisipan pendidikan BH seperti Didik, Minda dan Skor.

“Buktinya pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 dan 2016, kebanyakan sekolah yang melanggan sisipan pendidikan BH tersenarai sebagai 10 sekolah terbaik peringkat negeri contohnya di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang.

“Untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula sembilan daripada 10 sekolah terbaik peringkat kebangsaan adalah melanggan sisipan Skor,” katanya.

Pelajar yang cemerlang tidak hanya dinilai daripada kehebatan atau kejayaan memperoleh A dalam setiap subjek, sebaliknya mereka juga perlu diberi galakan untuk melahirkan idea dan inovasi” Mohd Asri Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Kuala Muda/yan

 ?? [FOTO OMAR OSMAN /BH] ?? Duduk dari kiri; Hawari, Adha, Mohd Asri, Fadzlena dan penceramah Bahasa Melayu SPM, Mohd Noor Abdullah pada Bengkel ADD BH 2017 di Dewan Munsyi (Utama), Kampus IPG Sultan Abdul Halim, di sini.
[FOTO OMAR OSMAN /BH] Duduk dari kiri; Hawari, Adha, Mohd Asri, Fadzlena dan penceramah Bahasa Melayu SPM, Mohd Noor Abdullah pada Bengkel ADD BH 2017 di Dewan Munsyi (Utama), Kampus IPG Sultan Abdul Halim, di sini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia