Berita Harian

Alat sulit mirip kedua-dua jantina

Bayi 7 bulan perlu bantuan jalani pembedahan

- Oleh Siti Rohana Idris

Usianya baru tujuh bulan, namun Adam Mikhail Mohd Haniff terpaksa menjalani pembedahan bagi memulihkan keadaan alat sulitnya yang mirip kemaluan kedua-dua jantina.

Mengetahui kecacatan itu boleh dipulihkan menghadirk­an rasa gembira ibu bapanya, namun mereka kini buntu memikirkan bagaimana mencari dana untuk membolehka­n anak kesayangan menjalani prosedur berkenaan.

Ibunya, Nur Syazwany Akmal Mohd Yusof, 24, berkata pada awalnya doktor memaklumka­n anak tunggalnya itu khunsa sebelum menjalani beberapa ujian, termasuk mengambil sampel darah.

“Selepas hampir tiga bulan ujian dibuat, doktor mengesahka­n anak saya adalah lelaki kerana kromosom condong ke arah lelaki. Ketika usianya tiga bulan, baru kami dapat memberikan­nya nama dan mendaftar kelahiran,” katanya.

Terpaksa berhenti kerja

Nur Syazwani Akmal yang terpaksa berhenti kerja bagi memberi perhatian kepada anaknya, berkata Adam Mikhail dilahirkan tidak cukup bulan menerusi pembedahan ketika kandungan berusia tujuh bulan dengan berat hanya 1.14 kilogram (kg).

“Ada ketikanya, dia menangis seolah-olah sakit dan hanya berhenti selepas saya tuam bahagian kemaluanny­a.

“Sejak disahkan menghidap Hypospadia­s, Adam Mikhail perlu menjalani beberapa pembedahan bagi memulihkan keadaan alat sulitnya itu.

“Hujung tahun ini, kami perlu membawanya bertemu pakar bedah plastik untuk membincang­kan prosedur pembedahan. Saya difahamkan kos pembedahan mencecah puluhan ribu ringgit.

“Walaupun buntu memikirkan bagaimana mahu mendapatka­n duit, saya berharap pembedahan itu mampu memulihkan semula alat sulit anak kami,” katanya.

 ?? [ FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR / BH ] ?? Nur Syazwani Akmal bersama anaknya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belukar, Tumpat, semalam.
[ FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR / BH ] Nur Syazwani Akmal bersama anaknya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belukar, Tumpat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia