Berita Harian

UMNO Kajang turun padang dengar keluhan

-

Kajang: UMNO Cawangan Seksyen 2, Taman Kajang Utama di sini, giat turun padang bagi mendekati pengundi muda dalam usaha mengenal pasti permasalah­an mereka.

Ketuanya, Ibrahim Martibi, berkata program berkonsepk­an bersemuka lebih mesra, sekali gus menunjukka­n pemimpin UMNO amat mengambil berat terhadap keperluan rakyat.

Kunjungi setiap rumah

Katanya, pihaknya turun padang sambil melakukan kunjungan ke setiap rumah bermula Disember lalu.

“Pelbagai keluhan, permasalah­an dan cadangan diterima seperti rakyat mahu pemimpin setempat dipilih sebagai pemimpin dan bukannya orang luar. Mereka juga mahu pemimpin menangani segera masalah sosial seperti judi haram, gangsteris­me, kecurian dan vandalisme di kawasan ini.

“Deman denggi juga kian membimbang­kan dan pernah berlaku kematian akibat demam denggi. Rakyat mahu masalah ini diselesaik­an segera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Penaja Puteri UMNO Cawangan Seksyen 2 di sini, kelmarin, dirasmikan oleh Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Serdang, Siti Mariam Mahat.

Seramai 12 muka baharu dalam kalangan penduduk setempat dipilih membarisi jawatankua­sa penaja Puteri UMNO Cawangan Seksyen 2.

Sementara itu, Siti Mariam berkata, Puteri UMNO Bahagian Serdang aktif merangka pelbagai program yang menyasarka­n belia seperti mahasiswa dan remaja sekolah.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Siti Mariam (empat dari kiri) menerima borang keahlian Puteri UMNO semalam. daripada Hamidah Akibek,
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Siti Mariam (empat dari kiri) menerima borang keahlian Puteri UMNO semalam. daripada Hamidah Akibek,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia