Berita Harian

Kes amah lari tiada kesudahan

PAPA dakwa pihak berkuasa tidak pantau agensi pembekal punca kes meningkat

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) menerima antara tiga hingga empat kes aduan setiap minggu, pembantu rumah khususnya dari Indonesia melarikan diri daripada majikan.

Punca utama kes lari dari rumah ini disebabkan tipisnya pemantauan pihak berkuasa tempatan terhadap agensi pembekal dan ejen pembantu rumah di Malaysia dan negara pembekal,

Walaupun ada peraturan dan syarat ditetapkan agensi di dalam proses pengambila­n khidmat pembantu rumah, ia tidak menjamin insiden itu berlaku.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Jeffrey Foo, berkata insiden pembantu rumah lari daripada majikan semakin berleluasa sejak lebih tiga tahun lalu dan ia menjadi isu yang tidak berkesudah­an.

Katanya, masalah ini sukar di atasi sekiranya kerajaan kurang serius menangani isu ini secara menyeluruh.

Perlu penuhi syarat

“Hingga ke hari ini saya dapati pemantauan sangat kurang diadakan terhadap agensi pembantu rumah di Indonesia dan Malaysia, sungguhpun hampir setiap hari ada kes pembantu rumah lari.

“Seharusnya pembantu rumah yang mahu bekerja di Malaysia, perlu memenuhi syarat kursus selama 200 jam latihan, sebelum dihantar ke agensi di Malaysia. Tetapi ada agensi yang tidak buat, mereka memanipula­si pengambila­n pekerja dengan tidak memenuhi jam latihan.

“Kesannya pembantu yang masuk ke Malaysia bukan sahaja tidak berkelayak­an, tetapi tidak menggemari tugasan berkenaan,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi baru-baru ini mengulas mengenai insiden pembantu rumah lari daripada majikan. Ada majikan yang kerugian puluhan ribu ringgit semata-mata untuk mendapatka­n khidmat pembantu rumah dan ‘mangsa keadaan’ kebanyakan wanita berkerjaya.

Foo berkata, pembekal dan agensi pembantu rumah di Indonesia boleh mengaut untung berlipat kali ganda menerusi cara berkenaan.

Katanya, ketika ini dianggarka­n ada lebih 100,000 pembantu rumah berdaftar di negara ini.

Katanya tidak keterlalua­n dikatakan, ada agensi di negara itu yang membawa masuk pembantu rumah dengan cara tidak rasmi, iaitu menggunaka­n permit pelancong.

Langkah drastik tangani isu

“Ada pekerja dibawa masuk menerusi tiket pelancong, tetapi akhirnya menjadi pembantu rumah. Cara ini juga sebetulnya salah kerana potensi mereka untuk lari adalah besar kerana di Malaysia mereka memiliki banyak rakan yang boleh membawa mereka keluar dari rumah majikan,” katanya.

Dalam usaha mengatasi masalah ini, Foo mencadangk­an kerajaan khususnya Kementeria­n Sumber Manusia mengambil langkah drastik dalam menangani isu ini kerana ia tidak akan berkesudah­an sekiranya tidak ada usaha dilakukan.

“Isu ini seharusnya diselesaik­an menerusi persefaham­an kerajaan dua negara. Kerajaan harus mengambil tindakan tegas supaya harga kos pengambila­n pekerja ini dapat dikawal. Hari ini untuk mengambil seorang pembantu rumah, kosnya boleh mencecah enam angka kerana semua prosedur termasuk latihan yang seharusnya diberikan kepada pembantu rumah, dijalankan di Indonesia,” katanya.

Mengenai tindakan dan cadangan PAPA, Foo berkata, pihak pentadbira­n iaitu Kementeria­n Sumber Manusia, jarang memanggil persatuan dan menganggap ia menjadi isu ‘dingin’ terhadap masalah pembantu rumah lari dari majikan yang akhirnya majikan menjadi mangsa.

Sebilangan rakyat di negara ini masih bergantung pada pembantu rumah berikutan ramai wanita berkerjaya yang memerlukan golongan itu mengurus rumah dan menjaga anak ketika mereka keluar bekerja.

Seharusnya pembantu rumah yang mahu bekerja di Malaysia, perlu memenuhi syarat kursus selama 200 jam latihan, sebelum dihantar ke agensi di Malaysia. Tetapi ada agensi yang tidak buat, mereka memanipula­si pengambila­n pekerja dengan tidak memenuhi jam latihan” Jeffrey Foo, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pembantu rumah perlu penuhi syarat kursus selama 200 jam latihan, sebelum dihantar ke agensi di Malaysia.
[FOTO HIASAN] Pembantu rumah perlu penuhi syarat kursus selama 200 jam latihan, sebelum dihantar ke agensi di Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia