Berita Harian

Rintangan menulis alasan tutup sifat malas

-

diri pernah berasa seolah-olah berada dalam situasi itu, sebelum menyedari ia hanya disebabkan sifat malas diri sendiri.

Disebabkan itu juga, sukar baginya menerima alasan rintangan menulis sebagai penyebab seseorang itu tidak dapat berkarya.

Keghairaha­n menulis suntik semangat berkarya

“Bagi saya, apabila memiliki keghairaha­n untuk berkarya, kita akan sentiasa rasa ia menyala dan meluap.

“Jika betul-betul mahu menulis dan kita kemudian duduk di ha- dapan komputer, tidak mungkin satu ayat pun tak akan diperoleh,” katanya di Kedai Buku Mak Ali di sini.

Mula berkarya pada awal pagi hingga tengah hari

Mohd Jayzuan yang juga seorang penyanyi dan pencipta lagu, lebih selesa berkarya pada awal pagi dan akan memperuntu­kkan masa sehingga tengah hari bagi tujuan itu.

“Mungkin saya bernasib baik sebab terbabit dengan banyak cabang seni. Rutin saya setiap pagi, iaitu selepas Subuh, saya akan membuat apa-apa sahaja kerja berkaitan seni dan kemudian baru melangsaik­an urusan kerja termasuk bermesyuar­at dan sebagainya.

“Kadang-kadang ia tak semestinya bahan untuk cari makan, tetapi ia sudah menjadi satu rutin untuk saya berkarya,” katanya.

Menurut Mohd Jayzuan, di situlah dapat dilihat perbezaan di antara seniman profesiona­l dengan seniman amatur.

“Seniman profesiona­l akan cari ilham setiap hari dan buat tetapi yang satu lagi akan cakap tiada idea untuk berkarya,” katanya.

 ??  ?? Mohd Jayzuan Zainal Puait
Mohd Jayzuan Zainal Puait

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia