Berita Harian

Tragedi kemalangan basikal berulang jika kita terus alpa

- Mohd Firdaus, Bandar Tasik Selatan

Tragedi kematian lapan remaja berbasikal yang dirempuh kereta di Johor Bahru adalah satu lagi detik hitam negara membabitka­n isu keselamata­n pengguna jalan raya.

Seperti biasa pelbagai pihak akan menganalis­is dan memberi pandangan mengapa ia boleh berlaku dan siapa yang wajar bertanggun­gjawab atau dipersalah­kan.

Apakah sebabnya pemandu kenderaan terbabit boleh merempuh remaja berkenaan? Adakah kerana pemandu tidak nampak kerana masalah penglihata­n di waktu malam atau membawa kenderaan terlalu laju?

Begitu juga persoalan mengapa remaja terbabit boleh berada di tepi jalan dalam satu kumpulan besar sedangkan ia boleh beri risiko kemalangan? Adakah mereka tidak perasan pelbagai kemungkina­n yang boleh berlaku jika berbuat begitu?

Bagaimana pula dengan ibu bapa mangsa? Adakah mereka tidak memantau aktiviti anak atau mangsa sendiri yang tidak mahu dengar nasihat orang tua masingmasi­ng?

Saya percaya ibu bapa, seperti dilaporkan, sudah memberi nasihat dan pesan kepada anak mereka supaya tidak keluar rumah, tetapi malangnya pesanan itu tidak dipedulika­n semata-mata kerana mahu bersama rakan.

Berbasikal hampir tengah jalan

Ia kembali menyebabka­n saya teringat kejadian baru-baru ini ketika memandu kereta pulang ke rumah bersama isteri. Ketika menghampir­i satu selekoh di Bandar Tun Razak, isteri saya menjerit kerana ternampak seorang kanak-kanak berbasikal hampir di tengah jalan di selekoh berkenaan.

Oleh kerana pandangan terbatas kerana mendekati selekoh, saya tidak nampak kanak-kanak itu di bahagian sebelah kanan.

Bagaimanap­un, kerana jeritan isteri di sebelah, dan beberapa saat kemudian saya nampak kanak-kanak itu, saya sempat membrek memperlaha­nkan kenderaan sebelum meneruskan perjalanan.

Dua perkara membantu saya mengelak kemalangan di situ iaitu kenderaan yang berada di belakang saya agak jauh dari selekoh itu dan isteri saya yang biasanya lebih asyik melihat telefon bimbit, tidak berbuat demikian dan sempat beri amaran.

Langkah elak risiko

Memang benar kata pepatah orang tua-tua dahulu - malang tidak berbau. Kebiasaann­ya kita telah ambil langkah untuk mengelak risiko atau bahaya, namun kemalangan atau tragedi tetap menimpa.

Selepas kejadian itu, saya terfikir juga bagaimana kanak-kanak itu boleh berada di jalan raya pada waktu malam tanpa diiringi orang dewasa. Ke manakah destinasin­ya? Adakah mahu pulang atau ke rumah rakan dan adakah ibu bapanya tahu dia hendak ke mana?

Kehadiran remaja atau kanakkanak di jalan raya sama ada berbasikal atau menunggang motosikal tanpa topi keledar atau tanpa lesen bukan satu rahsia di kota besar. Ada ketikanya kita nampak remaja atau kanak-kanak berbasikal atau menunggang motosikal. Mungkin kita bersikap ‘tidak mengapa dia tak pergi jauh.’

Jika kita, khususnya ibu bapa terus bersikap begitu, tragedi seperti di Johor Bahru tetap boleh berlaku lagi. Itu belum lagi masuk bab mat rempit dan golongan sewaktu dengannya.

Saya percaya ibu bapa, seperti dilaporkan, sudah memberi nasihat dan pesan kepada anak mereka supaya tidak keluar rumah, tetapi malangnya pesanan itu tidak dipedulika­n semata-mata kerana mahu bersama rakan”

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH mengenai isu tragedi remaja berbasikal dirempuh kereta.
Keratan akhbar BH mengenai isu tragedi remaja berbasikal dirempuh kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia