Berita Harian

PBB tidak yakin krisis perang Syria akan berakhir

-

New York: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres beranggapa­n krisis perang di Syria tidak mungkin berakhir dalam tempoh terdekat.

Pada firasat beliau, konflik itu dijangka berterusan kerana pelbagai pihak yang terbabit menganggap merekabole­hmenang.

“Saya rasa ia cuma boleh berlaku, apabila tiada pihak yang terbabit dalam konflik ini berasa mereka boleh menang.

“Saya tidak pasti mereka beranggapa­n begitu di Syria. Saya bimbang sebahagian­nya masih berasa mereka boleh menang, walaupun ia cuma ilusi.

“Saya juga tidak optimis mengenai penyelesai­an jangka pendek bagi krisis di Syria,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Keselamata­n Munich mengenai prospek konflik di negara itu.

Bagaimanap­un, katanya, usaha boleh dilakukan untuk meyakinkan Amerika Syarikat, Russia, Turki dan Jordan yang menyokong parti bertelingk­ah dalam konflik itu secara langsung atau tidak.

Guterres berkata krisis di Syria adalah satu ‘ancaman hebat’ dan usaha menamatkan krisis berkenaan itu harus dianggap satu kepentinga­n.

Berlarutan enam tahun

Ketika ini, pelbagai komuniti antarabang­sa melakukan beberapa usaha bagi menamatkan krisis itu, yang sudah berlanjuta­n hampir enam tahun dan mengorbank­an ratusan ribu penduduk.

Sementara itu, tentera Syria melancarka­n roket ke kawasan dikuasai pembangkan­g di luar Damsyik, semalam - sekali gus meningkatk­an serangan yang bermula sejak kelmarin.

Menurut pekerja kesihatan dan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), serangan itu adalah yang terbesar ke atas wilayah Qaboun, di timur laut Damsyik, dalam tempoh dua tahun.

Unit media tentera Hizbullah berkata, tiga roket dibedil ke arah kawasan dikuasai kerajaan berhampira­n tengah Damsyik, berhampira­n Qaboun semalam, tetapi tiada kematian dilaporkan.

SOHR berkata, 16 maut dalam keganasan sekitar Qaboun sejak kelmarin, iaitu angka korban tertinggi dalam pertempura­n di wilayah itu, sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, pekerja perubatan di Ghouta Timur, di luar Damsyik, berkata sekurang-kurangnya 13 terkorban dalam serangan itu.

Katanya, beliau mendengar bunyi letupan dari arah Qaboun, sejak awal pagi, semalam. Keganasan di barat Syria itu menjejaska­n gencatan senjata tajaan Russia dan Turki yang berkuat kuasa pada 30 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia