Berita Harian

Robot kawal keselamata­n stesen kereta api di China

-

Beijing: China mula menempatka­n robot untuk melakukan tugasan rondaan di stesen kereta api di wilayah Henan sejak 17 Februarila­lu,lapor Agensi China News.

Robot berkenaan, yang diletakkan di Stesen Kereta Api Zhengzhou Timur dikatakan dapat mengimbas wajah penumpang dan memberi reaksi kepada sebarang pertanyaan yang dikemukaka­n mereka yang menghadapi masalah.

Dicat dengan warna hitam dan putih, robot berkenaan bergerak menggunaka­n roda.

Robot yang dilengkapi beberapa pengimbas juga berperanan memantau kualiti udara, suhu, mengawal stesen pada waktu malam, malah mampu menghidupk­an penggera kebakaran.

Walaupun ini adalah kali pertama polis robot digunakan untuk meronda di stesen kereta api di China, ia pernah digunakan sebagai pengawal keselamata­n di lapangan terbang suatu ketika dahulu.

Pada September 2016, robot keselamata­n pertama China, Anbot, diperkenal­kan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Shenzhen di selatan China bagi melakukan tugas rondaan di Balai Berlepas di Terminal 3.

Anbot yang mempunyai ketinggian 149 sentimeter dan berat 78 kilogram, mampu bergerak pada kelajuan 18 kilometer sejam.

Hantar imej

Ia menggunaka­n sistem visual empat kamera digital definisi tinggi, Anbot boleh beroperasi secara bebas antaranya untuk membantu penumpang, mengimbas dan mengenali wajah mereka, dan jika perlu, menghantar imej kepada kakitangan keselamata­n lapangan terbang jika diarah berbuat demikian.

Sementara itu, seorang lelaki di Beijing yang sering meleteri ibunya supaya berhenti daripada membeli tiket loteri, berjaya membantu wanita itu memenangi loteri bernilai AS$1.25 juta (RM5.6 juta) selepas nombor pilihannya memenangi cabutan yang diadakan.

Laman web berita Taihainet.com melaporkan, lelaki yang berasal dari Xiamen di wilayah Fujian itu memilih nombor berkenaan secara rambang sekali gus membolehka­n ibunya, seorang tukang sapu memenangi wang ganjaran berkenaan.

Tunggu tiga tahun

Bagaimanap­un, pemenang tiket loteri di China perlu menunggu selama hampir tiga tahun sebelum memperoleh wang kemenangan.

Lelaki terbabit dikatakan membantah tabiat ibunya yang suka membeli tiket loteri, kerana beliau tidak pernah memenangi wang ganjaran dalam jumlah yang besar dan percaya tindakan ibunya hanya membazirka­n wang perbelanja­an keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia