Berita Harian

Leverkusen tak mudah mengalah jumpa Atletico

-

Bayer Leverkusen mahu melupakan kedukaan dalam aksi Bundesliga bagi memberi tumpuan kepada perlawanan peringkat Eropah apabila melayan kunjungan Atletico Madrid untuk pusingan pertama 16 terbaik Liga Juara-juara, esok.

Pasukan dari Jerman itu tewas sembilan kali dalam kempen domestik dan turun ke tangga kelapan liga namun lebih selesa di peringkat Eropah dengan merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri.

Tak pernah ke pusingan 16

Leverkusen pernah berada di final Liga Juara-juara pada 2002 yang menyaksika­n mereka tewas di tangan Real Madrid. Namun selepas itu tidak pernah melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Sepanjang tempoh itu, pasukan ini hanya dua kali berada di peringkat kumpulan dan suku akhir selepas itu.

Mereka kini mengharapk­an prestasi di peringkat Eropah bakal membantu mengatasi kelab Sepanyol yang pernah mara ke final sebanyak dua kali dalam tempoh tiga musim lalu.

“Kenapa tidak boleh menang apabila menentang mereka?,” kata penjaga gol Leverkusen, Bernd Leno. “Sekiranya kami menunjukka­n prestasi kami di Liga Juara-juara, maka semuanya mampu dilakukan.

Berjuang habis-habisan

“Kamu boleh melihat sejauh mana keinginan pasukan. Kami berjuang, kami bertarung untuk satu sama lain dan itu tidak semestinya seperti mana kes minggu lalu.”

Leno berhak untuk berasa yakin apatah lagi Leverkusen sudah meraih dua kemenangan dalam aksi liga termasuk mengatasi Augsburg 3-1 Jumaat lalu.

“Kami yakin dan mahu berjuang habis-habisan,” kata Karim Bellarabi yang meledak gol ke-50,000 Bundesliga, pada Jumaat lalu.

“Perlawanan ini akan menjadi sangat sukar dan kami tidak sabar untuk beraksi. Kami mahu berada sejauh mana yang termampu.”

 ??  ?? Pep Guardiola Monaco tagih kelincahan Bernando Silva pada aksi menentang City, awal pagi esok.
Bernardo Silva Karim Bellarabi Karim Bellarabi, Pemain Leverkusen
Pep Guardiola Monaco tagih kelincahan Bernando Silva pada aksi menentang City, awal pagi esok. Bernardo Silva Karim Bellarabi Karim Bellarabi, Pemain Leverkusen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia