Berita Harian

Van Huizen sudah ada senarai ke Dhaka

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Senarai 18 pemain terakhir yang bakal menyahut cabaran di kejohanan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) sudah terbayang dalam minda Stephen Van Huizen

Namun, pengendali skuad hoki lelaki negara itu lebih senang untuk mengumumka­n senarai akhir pemain yang dijangka bertolak ke Dhaka pada 28 Februari selepas saingan Piala TNB menutup tirainya, Sabtu ini.

Katanya, ini kerana dia mahu memberi peluang terakhir kepada setiap pelatih skuad negara untuk membuktika­n sepenuhnya cergas selain ‘takut’ sekiranya ada kecederaan menimpa pemain di saat-saat akhir.

“Saya perlu bersikap adil kepada pemain yang baru pulih daripada kecederaan dan jangan lupa masih ada tiga perlawanan (Piala TNB), macam-macam boleh jadi,” katanya merujuk kepada masalah kecederaan.

“Walaupun saya sudah mempunyai senarai 18 pemain dalam minda, tetapi saya tidak boleh dedahkan dan lebih baik tunggu sampai saingan Piala TNB tamat.”

Belum cergas (gambar).

Buat masa ini, hanya penyerang Firhan Ashari berkemungk­inan besar tidak dapat menyertai aksi di Dhaka kerana tarikh perkahwina­nnya pada 12 Mac ini bertembung dengan kejohanan.

Dua lagi penyerang lincah, Faizal Saari dan Haziq Samsul turut belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan hamstring dengan status S Kumar yang juga penjaga gol nombor satu negara pula masih menjadi tandatanya kerana isterinya dipercayai pada bilabila masa akan melahirkan anak.

“Faizal sudah 10 hari berehat dan semalam dia cuba beraksi pada aksi terakhir liga, tetapi gagal manakala status Haziq pun sukar untuk dikatakan. Kalau tak boleh juga kita terpaksa membuat perubahan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia