Berita Harian

Hafizh ‘enggan fikir’ Motogp

Fokus kepada saingan musim ini disifatkan penentuan penting karier

- Oleh Khairil S Iswan

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah enggan terlalu memikirkan prospek beraksi di kelas Motogp pada 2018 sebaliknya fokus kepada saingan musim ini yang disifatkan­nya penentu penting terhadap perkembang­an kariernya.

Prinsipal pasukan PETRONAS Raceline Malaysia, Barry Leong sebelum ini mendedahka­n segala kerja keras yang dilakukan tahun ini sebagai persiapan untuk Hafizh beraksi di perlumbaan berprestij itu tahun depan selepas empat tahun di kelas Moto2 bermula pada 2014.

“Beraksi di kelab Motogp adalah impian semua pelumba di dunia jadi jika ada peluang ke sana, sudah tentu ia tidak akan dilepaskan,” kata Hafizh ketika dihubungi, semalam.

“Apapun, saya mahu cuba untuk ‘melupakann­ya’ terlebih dulu dan fokus kepada perlumbaan Moto2 tahun ini kerana penentu sama ada saya mampu berada di sana (Motogp) bergantung kepada keputusan tahun ini.

“Memang saya tidak dapat nafikan ia memberi semangat namun saya tidak mahu memikirkan terlebih dulu kerana pada satu tahap ia juga mampu memberi tekanan. Jadi lebih baik saya fokus kerana persaingan musim ini dan berikan yang terbaik.

Pentas elit

“Jika saya dapat merealisas­ikan sasaran yang diletakkan pasukan, bertarung untuk podium dan kejuaraan, saya juga yakin sudah bersedia untuk ke Motogp dan bukan berada di sana kerana nasib atau apa juga sebab,” katanya.

Barry sebelum ini berkata 2017 adalah musim yang amat penting untuk Hafizh kerana dia sudah mencadangk­an kepada penaja utama pasukan itu iaitu PETRONAS untuk membawa anak didiknya itu beraksi di pentas elit Motogp pada 2018.

Mengulas lanjut mengenai persiapann­ya menjelang musim baharu yang dijadual membuka tirainya di Qatar 26 Mac ini, Hafizh berkata, dia akan menguji jentera baharu pada hujung Februari ini di Jerez, Sepanyol sebelum ujian pramusim rasmi Moto2 dijadual pada awal Mac.

Bagi saingan tahun ini, Hafizh menjadikan empat pelumba Thomas Luthi, Lorenzo Baldassaar­ri, Franco Morbidelli dan Takaaki Nakagami sebagai penanda aras baginya selepas empat pencabar utama kejuaraan Moto2 tahun lalu beralih angin ke Motogp, tahun ini.

Selepas tiga tahun beraksi semusim penuh di Moto2, prestasi Hafizh meningkat setiap tahun dengan 2016 sebagai pencapaian paling cemerlang pelumba berusia 22 tahun itu apabila menamatkan saingan di tempat kesembilan keseluruha­n dengan mengumpul 118 mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia