Berita Harian

Gagal terpilih ke Johannesbu­rg jadi motivasi

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Muhammad Aqil Yasmin enggan berduka selepas namanya tidak tersenarai mengikuti latihan dan pertanding­an di Johannesbu­rg, Afrika Selatan bersama rakan lain yang berlepas Jumaat lalu.

Atlet berusia 20 tahun dari Selangor itu berkata, sebaliknya dia mahu menjadikan kegagalan ke Johannesbu­rg itu sebagai motivasi bagi memperbaik­i prestasiny­a sekali gus mencapai cita-citanya mewakili negara dalam acara 100 meter (m), 200m dan 4x100m di Sukan SEA, Kuala Lumpur, Ogos depan.

“Saya tidak mahu memikirkan apa-apa, terutama mengenai latihan di Afrika Selatan kerana saya ingin memberikan tumpuan untuk capai impian mewakili negara dalam acara 100m, 200m, dan 4x100m serta berlari lebih pantas di Sukan SEA.

“Walaupun saya sedih kerana tidak dapat sertai Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap, namun saya harap mereka dapat berkongsi ilmu bersama saya selepas kembali dari sana,” kata penuntut Diploma Sains Sukan dan Rekreasi di Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam, Selangor itu.

Pemegang rekod

Muhammad Aqil memiliki kepantasan 10.48s dalam acara 100m dan 21.31s (200m) ketika Sukan Malaysia (SUKMA), Sarawak, Julai tahun lalu, berkata dia pada masa ini sedang menjalani latihan sebagai persiapan Kejohanan Grand Prix Asia di China, April ini.

Untuk rekod, seramai 12 pelari pecut dipilih Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menjalani latihan dan pertanding­an di Afrika Selatan sebagai persiapan menghadapi temasya dwitahunan itu.

Antara yang disenaraik­an ialah pemegang rekod pecut 100 meter (m) kebangsaan, Khairul Hafiz, Badrul Hisyam, Muhammad Azam Masri, Jonanthan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi, G Aravinn Thevarr dan Rayzam Shah Wan Sofian.

Atlet wanita pula adalah Shereen Samson Vallabouy, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nurul Faezah Asma Mazlan, S Komalam dan Siti Fatimah Mohamad.

 ??  ?? Muhammad Aqil Yasmin
Muhammad Aqil Yasmin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia