Berita Harian

Afandi yakin kekal jawatan

-

Kelana Jaya: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah menganggap pengalaman luasnya dalam kepimpinan bola sepak bukan jaminan untuk sekali lagi dipilih menjawat jawatan nombor dua badan induk itu pada Kongres Pemilihan ke-53, 25 Mac ini.

Sebaliknya, Afandi menganggap saingan sengit bakal diterima dari dua lagi calon termasuk Datuk Yusoff Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal.

Justeru, Afandi berkata keputusan sepenuhnya terletak di tangan perwakilan untuk memilih dua calon yang paling sesuai untuk jawatan itu.

“Terserah perwakilan untuk memilih siapa. Saya tidak nampak ia (pengalaman) bakal menjadi kelebihan untuk saya dipilih kerana perwakilan sudah pasti memiliki pilihan sendiri.

“Saya rasa persaingan sentiasa sengit dan kalau kita lihat kepada sejarah pemilihan jawatan timbalan presiden sebelum ini juga membabitka­n tiga calon.

“Sekarang ini ketiga-tiga calon mempunyai peluang sama rata untuk dipilih oleh perwakilan dan saya tidak meletakkan sebarang keyakinan, tapi menawarkan diri untuk berkhidmat buat bola sepak negara,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Tak banyak perubahan

Afandi bertindak sebagai Pemangku Presiden FAM selepas peletakan jawatan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selain Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas peletakan jawatan Tan Sri Annuar Musa.

Perebutan bagi jawatan Timbalan Presiden FAM membabitka­n pertembung­an tiga penjuru selepas Datuk Rozabil Abd Rahman tidak berhasrat untuk bertanding dengan Afandi akan dicabar Datuk Yusoff Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal.

Terdahulu Afandi Mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif FAM untuk mengesahka­n senarai calon yang akan bertanding pada kongres itu.

Tidak banyak perubahan terhadap senarai calon yang diumumkan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa kekal bertanding merebut jawatan presiden.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahka­n kongres berkenaan akan bermula jam 10 pagi di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia