Berita Harian

Safiq tuntut rakan bangkit

Kapten mahu JDT waspada ancaman Beoungket Angkor FC

- Oleh Rizar Mohd Noor

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menuntut rakan sepasukan melupakan segera kekalahan kepada Perak yang meleburkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah Harimau Selatan dalam saingan Liga Super Sabtu lalu.

Sebaliknya, Safiq meminta rakan sepasukan kembali fokus menjelang pertembung­an menentang kelab Kemboja, Beoungket Angkor FC dalam aksi Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

“Kekalahan itu memang memberi kesan kepada pasukan apatah lagi sememangny­a menjadi harapan kami untuk mengekalka­n rekod berkenaan. Namun, kami tidak harus terus dirundung kecewa dan perlu terus memandang ke hadapan.

Tak sabar

“Jadi, kami perlu bangkit malam esok (malam ini) apabila turun menentang Beoungket Angkor dan jangan sesekali memandang mudah cabaran kelab Kemboja itu,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam.

Sementara itu, kapten Beoungket Angkor FC, Khuon Laboravy berkata dia dan rakan sepasukan tidak sabar untuk berdepan juara Piala AFC 2015 dan menyifatka­n ia satu penghormat­an menentang pasukan yang pernah menjulang kejuaraan berprestij itu.

Katanya, penampilan pertama kelab dari Kemboja beraksi dalam kancah Piala AFC adalah satu penghormat­an malah dia menggesa rakan sepasukan supaya tidak gentar berdepan JDT.

“Pengalaman saya beraksi menentang skuad Harimau Malaysia pada saingan Piala AFF Suzuki, baru-baru ini sudah cukup memberi gambaran kekuatan JDT dan kami optimis mampu melakar kejutan,” kata Lavabory.

 ??  ?? Safiq (dua dari kiri) bersalam dengan Laboravy selepas sidang media Piala AFC di Johor Bahru, semalam.
Safiq (dua dari kiri) bersalam dengan Laboravy selepas sidang media Piala AFC di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia