Berita Harian

‘Tempoh bertenang’ elak kecoh Perak-jdt

- Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju supaya diadakan ‘tempoh bertenang’ untuk sementara waktu antara penyokong kedua-dua pasukan dalam kancah Liga Malaysia.

Setiausaha PAFA, Datuk Jamal Md Aris berkata persetujua­n dicapai hasil rundingan yang diadakan baru-baru ini dalam usaha memulihkan hubungan antara penyokong kedua-dua negeri.

Berdasarka­n persetujua­n itu, penyokong kedua-dua pasukan tidak akan bertandang ke gelanggang pasukan lawan apabila kedua-dua pasukan bertemu.

Berikutan itu menyaksika­n tiada penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) hadir di Stadium Perak semasa perlawanan Liga Super antara kedua-dua pasukan di Ipoh, Sabtu lalu.

Perbuatan tidak waras

Kawalan rapi oleh lebih 1,000 anggota keselamata­n terdiri daripada polis, RELA, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), petugas PAFA dan anggota Unit Simpanan Persekutua­n (FRU) menyaksika­n tiada sebarang kekecohan serta kejadian tidak diingini berlaku sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Walaupun berlaku insiden menyimbah cat ke atas dua bas pasukan JDT yang disimpan dalam kawasan parkir Unit Simpanan Persekutua­n (FRU), Sungai Senam pada awal pagi tetapi ia gagal menyalakan percikan api di kalangan kira-kira 30,000 penonton dipercayai termasuk penyokong Johor yang bermastaut­in di Perak.

Jamal yang mengutuk tindakan itu menganggap ia perbuatan individu yang tidak sihat serta tidak waras sekali gus tidak melambangk­an perwatakan sebenar orang Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia