Berita Harian

Khair optimis gegar TRW

-

Melaka: Pertahanan naturalisa­si Melaka United (MU) Khair Muhammad Jefri Jones berazam membantu skuad Hang Tuah meraih kemenangan ketika menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Selepas menyumbang kudrat ketikamemb­antupasuka­nmeraih tiga mata berdepan Sarawak Sabtu lalu, dia optimis MU mampu lagi menggegar di kandang lawan sekali gus memalukan The Red Warriors (TRW) di depan penyokong setia mereka.

“Apapun agak sukar untuk meramal kekuatan sebenar TRW kerana saya tidak mengetahui kekuatan mereka dan tidak boleh membuat andaian menerusi perlawanan mereka sebelum ini.

Tak laku kesilapan

“Walaupun saya tahu mereka kehilangan ramai pemain skuad musim lalu dengan sebahagian besar diganti barisan muda, namun teras pasukan itu termasuk Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Badhri Radzi dan Indra Putra Mahayuddin masih beraksi.

“Malah saya dan rakan se- pasukan perlu waspada keranamere­kapastimah­ubangkit selepas tewas kepada Kedah,” katanya sambil menambah MU kini berada dalam semangat yang tinggi selepas memenangi dua perlawanan terakhir.

Sementara itu, jurulatih MU, Eric Williams berharap kemenangan ke atas Sarawak mampu diulangi di Kota Bharu malam ini.

“Saya tidak akan melakukan banyak perubahan sebaliknya berharap barisan yang diturunkan fokus dan tidak melakukan kesilapan,” katanya.

 ??  ?? Khair (tengah) optimis MU mampu lagi menggegar di kandang lawan sekali gus memalukan TRW di depan penyokong setia mereka.
Khair (tengah) optimis MU mampu lagi menggegar di kandang lawan sekali gus memalukan TRW di depan penyokong setia mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia