Berita Harian

Zahasmi tidak takut MU

Percaturan Kelantan tetap kukuh tanpa kelibat Celin, Ghaddar

- Oleh Hasbullah Ibrahim

Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail mengakui percaturan taktikalny­a tidak terjejas tanpa dua tenaga import pada aksi kelima Liga Super menentang Melaka United (MU) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam ini.

Menurutnya, dia terpaksa menyisihka­n Alessandro Padovani Celin dan Mohammad Ghaddar gara-gara kecederaan dan tidak cergas untuk beraksi dalam perlawanan yang diadakan semula itu selepas ditunda 21 Januari lalu akibat hujan lebat.

“Ketiadaan mereka mungkin diisi pemain tempatan seperti Muhammad Danial Asyraf Abdullah, Khairul Izuan Rosli dan Fakhrul Zaman.

“Kapten Mohd Badhri Radzi (Piya) juga masih belum sembuh sepenuhnya akibat kecederaan bahagian kepala namun bergantung kepada keputusan pegawai perubatan menentukan sama ada Piya boleh beraksi atau direhatkan,” katanya.

Semangat Piya

Zahasmi bagaimanap­un menegaskan­kekalahant­ipisthered Warriors (TRW) 1-0 kepada Kedah, Sabtu lalu tidak mengganggu fokus pemain yang berjanji akan bangkit untuk mengutip kemenangan.

“Saya harap pemain waspada dengan ancaman MU bagi mengelakka­n tewas dua kali berturut-turut dalam tempoh empat hari di laman sendiri,” katanya.

Sementara itu, Kapten TRW, Mohd Badhri Radzi menuntut rakan sepasukan lebih fokus menghadapi MU yang dianggap serba lengkap dengan pemain bintang seperti penyerang berbahaya Mohd Amri Yahyah yang perlu diawasi benteng pertahanan.

Piya mengakui terpaksa berhati-hati berikutan kecederaan­nya belum sembuh namun semangatny­a untuk membantu rakan sepasukan membara.

 ??  ?? Ghaddar (tengah) tidak dapat beraksi gara-gara kecederaan dan tidak cergas.
Ghaddar (tengah) tidak dapat beraksi gara-gara kecederaan dan tidak cergas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia