Berita Harian

Penyokong Terengganu masuk percuma malam ini

Penyu harapkan suntikan ‘pemain ke-12’ dorong kejayaan

- Oleh Faizul Azlan Razak

Skuad Terengganu mendapat suntikan moral ‘pemain ke-12’ menjelang pertemuan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju untuk tidak mengenakan tiket pada perlawanan itu selepas aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada 20 Januari lalu ditunda akibat cuaca buruk dan keadaan padang yang tidak mengizinka­n.

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, mengakui keputusan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman itu memberi sedikit kelebihan kepada pasukannya.

Pengendali berusia 66 tahun itu berkata, dia yakin kehadiran ‘pemain ke-12’ yang diberi masuk secara percuma menyuntik moral pemain dalam memburu tiga mata selepas tewas kepada Negeri Sembilan 2-3, Jumaat lalu.

Jadi pengajaran

“Saya kehilangan dua tonggak iaitu pemain pertahanan, Izuan Jarudin dan kapten, Abdul Latiff Suhaimi akibat kecederaan.

“Bagaimanap­un, saya akan mempersiap­kan skuad terbaik bagi memastikan kemenangan menjadi milik Terengganu. Malah, saya yakin kehadiran pemain ke-12 yang akan menyaksika­n perlawanan percuma dapat menyuntik semangat pemain,” katanya kepada BH Sukan, di sini, semalam.

Irfan Bakti berkata, dia mengharapk­an kesilapan memberikan jaringan mudah ketika aksi menentang Negeri Sembilan dapat dijadikan pengajaran oleh anak buahnya.

Katanya, dia juga tidak mahu pemain mengulangi kesilapan mudah dan perlu diingat prestasi PKNP FC kini berada di tahap terbaik mereka.

“Pemain perlu bangkit dalam perlawanan malam esok (malam ini) di samping itu perlu mengelak daripada masuk perangkap PKNP FC,” katanya.

 ??  ?? Pemain Terengganu meraikan kejayaan membenam Felcra FC pada saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail, baru-baru ini.
Pemain Terengganu meraikan kejayaan membenam Felcra FC pada saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia