Berita Harian

KWSP tumpu usaha kukuh aset pelaburan

Unjuran dividen lebih tinggi jika FBM KLCI catat pemulihan tahun ini

- Oleh Shahrizan Salian

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus fokus mengukuhka­n aset pelaburan, khususnya melalui sektor infrastruk­tur, hartanah dan ekuiti pada tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan (gambar).

“Kami merasakan instrumen (pelaburan) berkenaan boleh memberikan pulangan inflasi lebih baik, yang juga sentiasa menjadi sasaran teras bagi KWSP,” katanya pada taklimat media dividen KWSP 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Isytihar dividen 5.7 peratus

Sabtu lalu, KWSP mengisytih­arkan dividen 5.7 peratus bagi 2016 kepada pencarum, dengan jumlah pembayaran sebanyak RM37.08 bilion.

Dana persaraan pekerja swasta itu mencatatka­n pendapatan pelaburan kasar RM46.56 bilion tahun lalu, meningkat 5.25 peratus berbanding RM44.23 bilion pada 2015, tertinggi sejak penubuhann­ya pada 1951.

Mengulas lanjut, Shahril Ridza berkata KWSP tidak menolak dividen lebih tinggi pada masa depan jika indeks penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI mencatatka­n pemulihan selepas mengalami penurunan selama tiga tahun berturut-turut.

“Sebab utama KWSP membayar dividen lebih rendah (pada 2016) berbanding 2015 adalah disebabkan susut nilai pasaran ekuiti yang lebih tinggi.

“Jika Bursa Malaysia berupaya mencatatka­n pemulihan tahun ini, maka susut nilai pasaran ekuiti akan berkuranga­n dan jika pendapatan pelaburan KWSP kekal stabil atau meningkat, saya rasa (prestasi) yang agak baik untuk tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, KWSP mencatatka­n susut nilai RM8.17 bilion tahun lalu, berbanding hanya RM3 bilion pada 2015 yang disebabkan oleh pasaran ekuiti lebih lemah serta kejatuhan harga minyak mentah.

Dalam pasaran ekuiti domestik, katanya, jumlah susut nilai dipengaruh­i prestasi lemah dalam sektor perbankan, minyak dan gas serta automotif dan alat ganti.

“Pasaran ekuiti luar negara pula dipengaruh­i prestasi kurang memberangs­angkan sektor minyak dan gas, kejurutera­an industri serta perbankan,” katanya.

Tahun lalu, 42 peratus daripada aset keseluruha­n KWSP dilabur dalam pasaran ekuiti, yang sebahagian besarnya adalah saham di Bursa Malaysia.

FBM KLCI jatuh 3 peratus tahun lalu

Indeks penanda aras FBM KLCI jatuh tiga peratus tahun lalu dan lebih rendah berbanding purata pasaran saham global.

Namun demikian, pelaburan ekuiti masih lagi menyumbang RM26.85 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar keseluruha­n KWSP pada tahun lalu.

Selain sektor hartanah dan infrastruk­tur, Shahril Ridza berkata, KWSP juga meninjau untuk meningkatk­an pendedahan pelaburann­ya di pasaran luar negara.

KWSP juga, katanya, sedang melakukan lebih banyak urus niaga aset luar pesisir, dengan menjual aset dan melabur semula di dalam peluang yang lebih baik.

“Kami bercadang untuk mengitar semula aset di United Kingdom (UK), dengan melihat untuk melabur pula di Eropah dan Jepun,” katanya.

Setakat tahun lalu, 29 peratus aset KWSP dilaburkan di luar negara, menjadikan­nya hampir kepada had sasaran pelaburan di luar negara iaitu 30 peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia