Berita Harian

PETRONAS mahu jual saham projek gas huluan

-

bercadang menjual kepentinga­n minoriti bernilai AS$1 bilion (RM4.45 bilion) di dalam sebuah projek gas huluan di Sarawak dalam usahanya menjana tunai dan mengurangk­an kos pembanguna­n, kata dua sumber yang rapat dengan perkara itu.

Syarikat minyak dan gas negara itu merancang menjual sehingga 49 peratus kepentinga­n dalam blok gas luar pesisir SK316 di Sarawak, kata sumber itu kepada Reuters.

Langkah itu akan menjadi penjualan besar pertama PETRONAS ketika ia berdepan dengan kemerosota­n lebih separuh harga minyak daripada dua setengah tahun lalu.

PETRONAS sedang mengusahak­an penjualan kepentinga­n itu bersama sebuah bank pelaburan dan memulakan prosesnya bulan ini, kata salah seorang sumber itu.

Ia tidak memberikan maklum balas kepada permintaan mendapatka­n ulasan.

Gas daripada lapangan NC3 dalam blok SK316 menghasilk­an projek eksport gas asli cecair (LNG) Malaysia, dikenali sebagai LNG 9, usaha sama antara PETRONAS dengan JX Nippon Oil & Energy Corp yang memulakan pengeluara­n komersialn­ya bulan lalu.

Sumber itu berkata, kepentinga­n itu dijangka termasuk gabungan pengeluara­n lapangan gas NC3, potensi pembanguna­n lapangan Kasawari di blok sama dan juga kawasan penerokaan lain di dalam blok terbabit.

Hasil yang dijana boleh menyumbang kepada pembanguna­n akan datang lapangan Kasawari, salah satu lapangan gas terbesar di Malaysia, yang dianggarka­n mempunyai sumber hidrokarbo­n kirakira tiga trilion kaki padu.

Menarik minat firma

Kepentinga­n itu mungkin menarik minat firma seperti syarikat kerajaan Indonesia, Pertamina; syarikat Thailand iaitu PTT Exploratio­n dan Production PCL selain beberapa syarikat Jepun, kata sumber berkenaan.

Memandangk­an pengeluara­n yang besar berlaku di Australia dan Amerika Syarikat (AS), pasaran LNG sekarang ini memiliki bekalan berlebihan, menyebabka­n penurunan 70 peratus harga spotnya sejak 2014 kepada AS$6.40 bagi setiap juta unit termal British ketika ini.

Walaupun begitu, aset LNG dilihat menarik berikutan kos pengeluara­nnya yang rendah dan disebabkan kedudukann­ya yang hampir dengan hab pengguna besar Asia Utara iaitu Jepun, China dan Korea Selatan.

PETRONAS dikatakan sedang menilai minat daripada pembida berpotensi, kata sumber itu, yang enggan dikenali kerana tidak diberikan kebenaran untuk bercakap mengenai perkara terbabit.

Kejatuhan pasaran minyak sejak 2014, yang menyaksika­n harga minyak mentah susut kepada AS$50 satu tong, mengecilka­n aliran tunai PETTONAS dan memaksanya mengurangk­an perbelanja­an modal sebanyak RM50 bilion dalam tempoh empat tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia